Judul : Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini
link : Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini
Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini
Matawang Gbp mencapai paras tertinggi hari ini berbanding US dolar pada Selasa selepas data harga pengguna mencatat bacaan positif. Harga pengguna (Consumer Price Index, CPI) dari segi tahunan mencapai paras tertinggi empat tahun lalu pada Mei.
Gbp/Usd mencapai 1.2717 yang merupakan paras tertinggi hari ini, naik 0.44% dan kini ia didagang di sekitar 1.2710 setakat pukul 6.10 petang.
Matawang Gbp mengalami kejatuhan mendadak minggu lalu dengan Gbp/Usd jatuh 1.76% setakat ini berikutan kehilangan majoriti oleh parti Theresa May dalam pilihanraya umum UK yang dijangka memberi risiko kepada rundingan Brexit.
Namun, Sterling mendapat sedikit kekuatan selepas mencapai paras support di mana spekulasi yang mengatakan keputusan pilihanraya memungkinkan untuk kita melihat pendirian UK yang lebih lembut terhadap Brexit.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain meleset 0.12% kepada 97.03.
Dengan kenaikan kadar faedah ketika ini telah diserap (priced-in) oleh pasaran, pelabur-pelabur akan meneliti tindakan The Fed selepas kenaikan pada Jun sama ada ia lebih hawkish atau sebaliknya.
Penganalisis ekonomi di Merryl Lynch, Michelle Meyer sebentar tadi berkata kepada CNBC bahawa bank pusat akan menaikkan kadarnya, tetapi akan menurunkan ramalan inflasi mereka. Menurunkan ramalan inflasi dilihat akan mengurangkan tindakan lebih pengetatan kadar faedah tahun ini.
The post Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmrExN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini
Anda sekarang membaca artikel Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/pergerakan-pasaran-tukaran-matawang_13.html