Pengemis bazar ramadan menangis naik kereta JKM

Pengemis bazar ramadan menangis naik kereta JKM - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengemis bazar ramadan menangis naik kereta JKM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengemis bazar ramadan menangis naik kereta JKM
link : Pengemis bazar ramadan menangis naik kereta JKM

Baca juga


Pengemis bazar ramadan menangis naik kereta JKM

Hanya dalam tempoh beberapa jam, seorang wanita bermasalah penglihatan dari Pendang berjaya memperoleh RM235 dengan hanya menunggu di bazar Ramadan Taman Ria, di sini.

Menangis naik kereta JKM

Wanita itu yang sanggup melalui hampir 100 kilometer perjalanan ulang alik rupa-rupanya ditemani sepasang suami isteri dipercayai membawanya ke destinasi terbabit untuk menjalankan kegiatan mengutip derma.

Dia yang berusia 74 tahun bagaimanapun diselamatkan sepasukan anggota penguatkuasa dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam operasi yang dilakukan bermula jam 5.30 petang.

Wanita berkenaan yang berbaju kurung hijau itu kemudian dilihat mengalirkan air mata ketika dibawa menaiki kenderaan jabatan untuk proses dokumentasi.

Dalam operasi sama, seorang pemuda yang mengakui menjalankan kutipan untuk sebuah pusat anak yatim dan miskin turut ditahan untuk siasatan.

Dia yang tidak serik-serik juga dikenal pasti sudah beberapa kali ditahan dalam operasi serupa sebelum ini di lokasi sekitar daerah.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Nor Harina Ayob berkata, seramai lima orang diselamatkan dalam operasi dijalankan di bazar Ramadan yang berakhir jam 7.30 petang kelmarin.

Menurutnya, dua daripadanya sudah pun diserahkan kepada keluarga dengan nasihat dan pemantauan.

“Manakala, dua lagi diberi amaran agar tidak mengulangi aktiviti mengemis, manakala seorang pengutip derma diserahkan kepada Pejabat Agama untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti salah seorang daripada pemungut derma berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal sudah pun diluluskan bantuan bulanan bermula Julai 2017.

“Bagaimanapun, berdasarkan hasil siasatan, kita telah menyerahkan wang Bantuan Segera berjumlah RM300 kepada lelaki berusia 35 tahun itu yang tinggal di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang selepas melihat keperluan yang diperlukan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGHLBr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Pengemis bazar ramadan menangis naik kereta JKM

Sekianlah artikel Pengemis bazar ramadan menangis naik kereta JKM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengemis bazar ramadan menangis naik kereta JKM dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/pengemis-bazar-ramadan-menangis-naik_17.html

Subscribe to receive free email updates: