Pengasas skim pelaburan wang haram dicekup

Pengasas skim pelaburan wang haram dicekup - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengasas skim pelaburan wang haram dicekup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengasas skim pelaburan wang haram dicekup
link : Pengasas skim pelaburan wang haram dicekup

Baca juga


Pengasas skim pelaburan wang haram dicekup

 Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung pelaburan wang haram melibatkan skim piramid Mfc Club atau Mface Club di bawah syarikat MBI Group.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, lelaki berusia awal 50-an yang dipercayai pengasas syarikat terbabit ditahan di sebuah rumah mewah di Kulim, Kedah.

Mohd Roslan berkata, lelaki terbabit kini direman empat hari bermula kelmarin bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

“Lelaki terbabit ditahan dalam operasi khas, Ops Token II yang diadakan pada 19 Jun lalu kira-kira jam 6.30 pagi. Operasi itu melibatkan Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, National Revenue Recovery Enforment Team (NRRET), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan polis Bukit Aman.

“Dalam operasi itu, kita menyerbu tiga kediaman iaitu satu di Sungai Dua, Butterworth manakala dua lagi di dua buah rumah mewah berasingan di Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah. Operasi ini susulan daripada Ops Token I terhadap skim yang sama pada 29 Mei lalu di Lembah Klang dan M Mall, Pulau Pinang,” katanya kepada media.

Beliau menambah, pihaknya menyita empat akaun baharu milik syarikat milik saudara suspek skim tersebut bernilai RM30 juta.

“Serbuan di kediaman pertama iaitu di Sungai Dua, kita berjaya menyita wang tunai bernilai RM280,000 manakala di kediaman kedua (Kulim), sejumlah RM187,612 wang tunai dirampas. Selain itu, kita juga merampas wang tunai pelbagai mata wang asing antaranya Thailand, Australia dan Amerika Syarikat bernilai RM218,000 di kediaman yang sama.

“Selain rampasan wang tunai, kita turut menyita tiga buah kereta mewah iaitu Jaguar bernilai RM350,000, Range Rover (RM900,000) dan Toyota Vellfire (RM300,000) di kediaman kedua tersebut. Sementara itu, tiada rampasan dibuat di kediaman ketiga. Jumlah keseluruhan sitaan adalah RM2.24 juta manakala nilai pembekuan akaun berjumlah RM30 juta menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM32. 24 juta,” katanya.

Mohd Roslan berkata, sehingga kini jumlah pembekuan akaun-akaun terlibat dalam skim ini meningkat sehingga RM209 juta melibatkan 98 akaun bank iaitu 49 akaun masing- masing milik individu dan syarikat.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan dari mangsa namun operasi ini dijalankan berdasarkan hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan kira-kira sebulan lalu.

“Hasilnya kita berjaya mengesan tiga kediaman tersebut yang dipercayai dijadikan transit penyimpanan wang tunai sebelum dimasukkan ke mana-mana akaun hasil aktiviti urusniaga skim tersebut,” katanya.

Mohd Roslan menambah, pihaknya tidak menolak berkemungkinan akan membuat beberapa tangkapan lagi berhubung penglibatan dalam skim tersebut.

“Kita menyiasat dalam pelbagai aspek dan siasatan lanjut akan dijalankan. Kita juga akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk pihak berkuasa luar negara berikutan ada dakwaan skim ini turut mempunyai anak syarikat di luar negara. Kita percaya, dengan penyitaan 98 akaun ini dapat melumpuhkan skim tersebut.

“Siasatan awal mendapati, tiada orang kehormat (VIP) terlibat. Kes disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi,” katanya.

Mengulas berhubung syarikat skim tersebut yang masih beroperasi di M Mall di sini, Mohd Roslan berkata, premis itu dibenarkan beroperasi sehingga siasatan selesai.

Menurutnya, hasil siasatan akan menentukan sama ada ia perlu ditutup atau sebaliknya.

The post Pengasas skim pelaburan wang haram dicekup appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rAMG84

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Pengasas skim pelaburan wang haram dicekup

Sekianlah artikel Pengasas skim pelaburan wang haram dicekup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengasas skim pelaburan wang haram dicekup dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/pengasas-skim-pelaburan-wang-haram.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :