Judul : Penduduk adukan DBKL ke SPRM
link : Penduduk adukan DBKL ke SPRM
Penduduk adukan DBKL ke SPRM
Penduduk Bandar Tun Razak hari ini memfailkan laporan terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan padang bola sepak di kawasan itu.
Peguam Zulhazmi Shariff berkata, pihaknya membuat laporan bagi pihak penduduk dan menggesa SPRM menyiasat penjualan padang bola sepak di Bandar Tun Razak.
"Kami memohon SPRM menjalankan siasatan teliti secara menyeluruh mengenai bagaimana kebenaran merancang diberikan pemaju dalam keadaan padang bola sepak masih berstatus tanah rizab.
"Kami hadir di bangunan SPRM untuk membuat laporan kemungkinan wujud salah laku dalam pengurusan pembangunan padang bola sepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak," kata Zulhazmi kepada pemberita sebelum membuat laporan di pejabat SPRM Kuala Lumpur pagi tadi.
Turut hadir bagi memberi sokongan ialah wakil Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dari Bandar Tun Razak.
Padang bola sepak seluas 2.1 hektar itu terletak di Bandar Tun Razak dan dijual DBKL kepada pemaju Siner Juta Sdn Bhd sebagai projek perumahan berkepadatan tinggi, walaupun mendapat bantahan penduduk.
Penduduk Bandar Tun Razak sebelum ini juga telah membantah projek pembinaan pangsapuri setinggi 40 tingkat itu dengan mengatakan terdapat masalah prosedur dalam proses penjualan tanah.
Minggu lalu, lebih 60 penduduk menyerbu taklimat yang dianjurkan oleh DBKL berhubung isu berkenaan selepas soalan dan rungutan mereka tidak berjawab
Pada sesi taklimat berkenaan, penduduk hanya diberitahu bahawa DBKL tidak akan menghentikan projek tersebut.
Malaysiakini
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYyhVM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Penduduk adukan DBKL ke SPRM
Sekianlah artikel Penduduk adukan DBKL ke SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penduduk adukan DBKL ke SPRM dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/penduduk-adukan-dbkl-ke-sprm.html