Pencuri Duit Surau Dijel 24 Bulan

Pencuri Duit Surau Dijel 24 Bulan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pencuri Duit Surau Dijel 24 Bulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pencuri Duit Surau Dijel 24 Bulan
link : Pencuri Duit Surau Dijel 24 Bulan

Baca juga


Pencuri Duit Surau Dijel 24 Bulan


KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana cuba mencuri duit tabung surau.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Suhaimi Ismail, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dalam bangunan dan dibaca bersama Seksyen 511 KK.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah didakwa cuba mencuri duit tabung surau di Surau Bukit Depu, di sini, jam 2.30 pagi pada 8 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna.

Mengikut fakta kes, tindak tanduk mencurigakan tertuduh yang juga positif dadah jenis amphetamine disedari seorang lelaki berusia 30 tahun yang kebetulan berada di kawasan surau berkenaan.

Pengadu berhenti minum di kedai berhampiran surau berkenaan sebelum tertuduh yang menaiki motosikal menghampiri tabung surau itu.

Hasil pemerhatian, tertuduh yang menyedari kehadiran orang di surau berkenaan pergi ke arah motosikalnya bagi mengelak perbuatannya dikesan.

Bagaimanapun, sebaik menyedari tiada orang di surau berkenaan, tertuduh kembali semula ke arah tabung itu sebelum pengadu mendengar bunyi kunci tabung dibuka.

Pengadu yang mengesyaki tertuduh cuba mencuri tabung itu memanggil rakannya sebelum mereka menahan tertuduh.

Ketika ditanya, tertuduh tidak mengaku mahu mencuri duit tabung dengan memberi pelbagai alasan.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sj88Cr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Pencuri Duit Surau Dijel 24 Bulan

Sekianlah artikel Pencuri Duit Surau Dijel 24 Bulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pencuri Duit Surau Dijel 24 Bulan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/pencuri-duit-surau-dijel-24-bulan.html

Subscribe to receive free email updates: