Judul : Pelantikan datuk bandar perlu berasaskan kelayakan - MB Perak
link : Pelantikan datuk bandar perlu berasaskan kelayakan - MB Perak
Pelantikan datuk bandar perlu berasaskan kelayakan - MB Perak
Beliau berkata andai pelantikan dibuat berasaskan kaum, masyarakat tidak akan dapat keluar daripada lingkaran berdasarkan etnik dalam apa juga perkara.
"Kita tidak harus tengok secara khusus, kalau di sini (ramai kaum) Cina, maka perlu (datuk bandar) Cina, kalau India perlu India dan ini kawasan Melayu, (maka) perlu Melayu.
"Kenapa tidak kita lihat rakyat Malaysia di mana-mana sahaja, sama ada dia Melayu, India, Cina, mereka yang kita fikir berkelayakan untuk menjadi datuk bandar, maka pelantikannya harus berasaskan kepada merit," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kepada warga Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.Beliau mengulas cadangan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kaum Cina perlu dilantik menjadi datuk bandar atau timbalan datuk bandar di kawasan yang majoriti penduduknya berketurunan Cina seperti Ipoh dan Johor Bahru.
Akhbar berbahasa Cina yang melaporkan perkara itu menyatakan Liow mengemukakan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Zambry berkata beliau tidak menganggap cadangan itu berbentuk perkauman namun berharap masyarakat berhenti daripada terus bermain dengan sentimen perkauman.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqRBHK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Pelantikan datuk bandar perlu berasaskan kelayakan - MB Perak
Anda sekarang membaca artikel Pelantikan datuk bandar perlu berasaskan kelayakan - MB Perak dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/pelantikan-datuk-bandar-perlu_13.html