Judul : Pelajar dipukul guru, polis belum terima laporan
link : Pelajar dipukul guru, polis belum terima laporan
Pelajar dipukul guru, polis belum terima laporan
KOTA KINABALU - Polis belum menerima sebarang laporan mengenai dakwaan seorang pelajar yang lebam pada bahagian badan akibat dipukul seorang guru menggunakan penyapu di sebuah sekolah daerah Kudat.
Insiden tersebut mula menjadi tular selepas ibu kepada pelajar terbabit memuat naik status dan gambar kesan lebam pada bahagian badan mangsa dalam laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Kudat, Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, setakat ini tiada sebarang tindakan dilakukan memandangkan pihaknya masih belum menerima laporan daripada keluarga mangsa.
"Tiada laporan yang kami terima setakat ini," katanya sebentar tadi.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul memberitahu, kes tersebut berlaku di Kolej Vokasional Kudat.
"Pihak sekolah menyelesaikan insiden ini mengikut prosedur dan telah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Terdahulu, sejak petang Sabtu lalu laman Facebook milik Allicia Pastora yang dipercayai ibu mangsa memuat naik status dan gambar yang menimpa anaknya itu.
"Saya hantar anak ke sekolah untuk menimba ilmu. Apa tindakan pihak pentadbir sekolah apabila anak-anak dipukul sewenangnya oleh guru yang tidak bertanggungjawab sampai jadi begini?
"Pukul pakai batang penyapu lagi. Sebagai ibu saya memang sakit hati kerana apa pun kesalahan pelajar tidak wajar kalau guru bertindak memukul," jelasnya dalam status tersebut. - K! ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tiFU8a
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Pelajar dipukul guru, polis belum terima laporan
Sekianlah artikel Pelajar dipukul guru, polis belum terima laporan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar dipukul guru, polis belum terima laporan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/pelajar-dipukul-guru-polis-belum-terima.html