Judul : Pandu Terus Masuk Kedai
link : Pandu Terus Masuk Kedai
Pandu Terus Masuk Kedai
BEIJING – Kerana malas berhentikan kereta ketika hujan, seorang lelaki sanggup memandu terus untuk masuk ke dalam sebuah kedai runcit di China, lapor media negara itu.
Rakaman kamera keselamatan kedai di Zhenjiang di wilayah Jiangsu itu menunjukkan kereta berkenaan dipandu masuk menerusi pintu depan pada lewat Sabtu lalu.
Rakaman itu dikongsikan People’s Daily di Twitter, semalam. Ia tidak menyatakan tempat kejadian.
Dalam video itu, pekerja kedai nampak terkejut dan berlari ke arah kereta berkenaan sebaik ia berhenti di dalam kedai itu.
Dia kemudian dilihat menyerahkan beberapa barangan dari rak kedai itu sebelum mengambil wang dan memulangkan baki kepada pemandu terbabit.
Kereta itu kemudian dilihat perlahan-lahan berundur manakala pekerja berkenaan melambai kepada pemandu berkenaan.
Pemandu itu dilaporkan membeli sebungkus kerepek kentang dan sebotol minuman yogurt, lapor Sina.com di Weibo.
Pengguna Internet membuat andaian pemandu itu tidak mahu keluar dari kereta kerana hujan dan masa itu sudah agak lewat.
Pengguna Twitter Ahas OConnor berkata: “Dia patut diberikan ‘A’ kerana amat kreatif!” – Agensi/myMetro Online
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2syA7y2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Pandu Terus Masuk Kedai
Anda sekarang membaca artikel Pandu Terus Masuk Kedai dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/pandu-terus-masuk-kedai.html