Judul : Ohi berlakon filem Hollywood
link : Ohi berlakon filem Hollywood
Ohi berlakon filem Hollywood
Meskipun Ohi Ghazali Rohimi, 36, mempunyai ramai rakan karib dalam kalangan artis terkenal tanah air dan mereka sering mengajaknya menceburi dunia lakonan, baru sekarang hatinya tergerak untuk mencuba.
Memilik pakej lengkap bergelar artis, sebelum ini Ohi lebih selesa meneruskan kerjaya modelingnya dan menguruskan perniagaan pusat kecergasan. Menurut ‘bujang terlajak’ itu, dia lebih selesa ‘berjalan’ di pentas peragaan kerana hanya perlu ‘berinteraksi’ dengan audiens menerusi baju yang diperagakan. Berbeza sekali dengan dunia lakonan yang memerlukannya beraksi depan kamera berdasarkan watak diberi dengan lontaran dialognya sekali.
Namun, entah mengapa awal tahun ini tiba-tiba Ohi mahu menyahut cabaran rakan artisnya itu untuk berlakon pula.
“Mungkin apabila sudah lama aktif dalam dunia peragaan, ia kurang mencabar lagi lantas saya perlu melakukan benda baru, tetapi kena juga memilih bidang yang tidak lari terlalu jauh daripada peragaan. Saya sudah biasa bekerja dalam lapangan yang memerlukan berhadapan orang ramai.
“Banyak perlu saya belajar untuk menjadi pelakon yang bagus, namun saya tidak begitu gusar kerana dalam apa jua bidang yang kita pilih mesti pada awalnya ada kekurangan di sana sini. Dua rakan artis saya, Mustaqim Bahadon dan Syaffiq Sahli banyak membantu, malah dengan bantuan Syaffiq yang memberikan gambar saya pada seorang kenalannya yang ada hubungan dengan satu syarikat produksi, saya ditawarkan berlakon dalam filem Hollywood berjudul Crazy Rich Asian arahan Stephen Sommers.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sa9NZR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Ohi berlakon filem Hollywood
Anda sekarang membaca artikel Ohi berlakon filem Hollywood dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/ohi-berlakon-filem-hollywood.html