Judul : Nazri Tidak Sesuai Jadi Menteri Pelancongan & Kebudayaan
link : Nazri Tidak Sesuai Jadi Menteri Pelancongan & Kebudayaan
Nazri Tidak Sesuai Jadi Menteri Pelancongan & Kebudayaan
KUCHING: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sepatutnya diberikan portfolio lain dan tidak sesuai menjadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, kata Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan.
"Beliau (Nazri) cuba menutup kesilapan tidak berunding dengan negeri lain seperti Sabah dan Sarawak dalam memperkenalkan polisi cukai baharu pelancongan dengan menuduh menteri kita jahil.
"Ini menunjukkan sifat kebudakan dan mencerminkan karakter sebenar beliau yang tidak dapat mengawal diri," katanya.
Menurutnya, Nazri patut memberi penjelasan secara profesional berhubung perkara tersebut kerana turut memerlukan sokongan daripada Ahli Parlimen negeri ini.
"Yb Karim (Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah) bertanya kenapa Sarawak tidak diberi penerangan mengenai signifikannya polisiti. Jangan tutup mata anda untuk Sabah dan Sarawak," ujarnya.
Menurut Snowdan lagi, sebelum ini pelancongan bukan dalam Senarai Persekutuan yang ditetapkan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
"Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang iaitu Akta Industri Pelancongan 1992 (dimana pelancongan tidak disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan).
"Tetapi pada 24 Jun 1994, pelancongan telah dimasukkan sebagai perkara dalam Senarai Persekutuan melalui Akta Parlimen. (Akta A885, seksyen 45) tanpa berunding terlebih dahulu dan kelulusan daripada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. Ia tidak mengikut perlembagaan," jelasnya.
Kementerian Pelancongan, Keseniaaan, Kebudayaan dan Sukan diketuai Karim jelasnya berusaha mengukuhkan industri pelancongan.
"Dalam persekitaran ekonomi perlahan seperti sekarang, kita berhati-hati untuk tidak memberi tekanan kepada industri.
"Ini kita lihat dalam pelbagai sudut yang memberi kesan kepada polisi, masyarakat terutama di Sarawak dan Sabah selain pengusaha hotel kecil. Pelancong asing tidak begitu terasa kerana menggunakan mata wang lebih tinggi," kata Snowdan.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmfyQo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Nazri Tidak Sesuai Jadi Menteri Pelancongan & Kebudayaan
Sekianlah artikel Nazri Tidak Sesuai Jadi Menteri Pelancongan & Kebudayaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nazri Tidak Sesuai Jadi Menteri Pelancongan & Kebudayaan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/nazri-tidak-sesuai-jadi-menteri.html