Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan kurang dana

Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan kurang dana - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan kurang dana, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan kurang dana
link : Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan kurang dana

Baca juga


Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan kurang dana

 
Nazri Aziz berkata, peruntukan kerajaan untuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.


Nazri-Azizi


PETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz mengakui cukai pelancongan perlu dilaksanakan kerana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sudah “tiada wang”.

Beliau yang dipetik China Press berkata, kementeriannya perlu mencari sumber pendapatan baharu dan berterusan untuk membiayai kegiatannya kerana peruntukan kementerian itu berkurangan secara mendadak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.

“Kita imbas kembali peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 2014 amat besar, tetapi ia dikurangkan dengan banyak pada 2015 dan 2016.

“Ia bukan bermakna pelancongan tidak menjadi keutamaan kerajaan, tetapi ada keutamaan yang lebih penting seperti kemajuan luar bandar, pendidikan, kesihatan dan pertahanan negara.

“Jadi, kita perlu fikirkan 1 kaedah mencari wang dan ia perlu menjadi sumber kewangan berterusan, oleh itu kami memperkenalkan cukai pelancongan,” katanya dipetik China Press pada program Jom Iftar@KL di Dataran Merdeka semalam.

Ketika berbahas di Dewan Rakyat pada April lalu untuk meluluskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017, Nazri dilaporkan berkata, cukai pelancongan boleh memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta, jika kadar penginapan bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%.

Jumaat lalu, beliau berkata, cukai itu akan dikuatkuasakan pada 1 Julai ini di semua hotel dan rumah penginapan berdaftar dengan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 dikenakan bagi penginapan semalaman.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, kutipan cukai pelancongan bukan perkara baru, kerana Thailand, Singapura dan Indonesia sudah lama melaksanakannya, apatah lagi kos sara hidup mereka lebih tinggi dari Malaysia.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu hairan kenapa ramai yang membantah cadangan kementeriannya, sedangkan Pulau Pinang dan Melaka ketika mengutip cukai itu tiada orang mempertikaikannya.

Katanya, cukai pelancongan itu masih dalam peringkat persediaan mekanisme, oleh itu pelaksanaannya mungkin ditangguhkan sehingga Ogos atau September, jika tidak sempat disiapkan menjelang bulan depan.

Beliau berharap mekanisme kutipan cukai pelancongan akan diselaraskan di semua negeri dan hasilnya dapat dibahagikan kepada setiap negeri untuk mempromosikan industri pelancongan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menafikan keputusan kerajaan memperkenalkan cukai pelancongan akan menjejaskan peluang BN memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pujut.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK DUN Pujut diadakan pada 4 Julai dan penamaan calon pada 20 Jun ini.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan kurang dana

Sekianlah artikel Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan kurang dana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri akui cukai pelancongan kerana kerajaan kurang dana dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/nazri-akui-cukai-pelancongan-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: