Najib Yakin, Felda Global Venture Ada Masa Depan Yang Cemerlang !

Najib Yakin, Felda Global Venture Ada Masa Depan Yang Cemerlang ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Yakin, Felda Global Venture Ada Masa Depan Yang Cemerlang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Yakin, Felda Global Venture Ada Masa Depan Yang Cemerlang !
link : Najib Yakin, Felda Global Venture Ada Masa Depan Yang Cemerlang !

Baca juga


Najib Yakin, Felda Global Venture Ada Masa Depan Yang Cemerlang !

PUTRAJAYA: Apa sahaja tindakan dan perubahan ke atas Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengembalikan syarikat itu ke landasan kukuh, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Kita yakin FGV ada masa depan cemerlang,” kata perdana menteri selepas majlis penyerahan kunci Pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) hari ini.
Pada 6 Jun lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.
Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap dakwaan salah laku dalam FGV dan merampas sejumlah dokumen di ibu pejabat syarikat itu.
Kerajaan kemudiannya melantik bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan 4 pegawai kanan itu, selain meneliti fakta kes dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut.
Hari ini pula, Tan Sri Isa Samad melepaskan jawatan pengerusi FGV yang kini dipangku pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.
Najib berkata, Isa “dengan rela hati” melepaskan jawatan itu dalam pertemuan mereka pagi tadi yang turut disertai Idris.
“Kita bincang secara mendalam tentang masa depan FGV dengan Isa…Untuk menghargai dan terus memberikan peranan kepada Isa, saya setuju melantiknya sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya.
Jawatan itu disandang Tan Sri Syed Hamid Albar sehingga 3 Jun lalu, sebelum beliau bersara.
Ditanya kenapa Sulaiman dilantik memangku jawatan itu, Najib berkata, mereka mahu FGV terus beroperasi tanpa sebarang gangguan.
“Ini sehingga kami membuat keputusan muktamad. Kita perlu ada perubahan segera. Kalau orang baru perlu dilantik Lembaga Pengarah, ia mengambil masa.”
Sulaiman ialah pengarah bukan eksekutif bebas FGV dan pengerusi Telekom Malaysia (TM) serta pengerusi kumpulan pemantau pemegang saham minoriti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.
Dalam pada itu, Najib menyifatkan siasatan dalaman FGV terhadap Zakaria dan 3 pegawai lain sebagai “perkara biasa” untuk mematuhi prinsip tadbir urus sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
“Tak semestinya (mereka) bersalah. Apabila selesai nanti, lembaga pengarah akan buat keputusan dengan adil dan sebaik mungkin,” katanya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Najib Yakin, Felda Global Venture Ada Masa Depan Yang Cemerlang !

Sekianlah artikel Najib Yakin, Felda Global Venture Ada Masa Depan Yang Cemerlang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Yakin, Felda Global Venture Ada Masa Depan Yang Cemerlang ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/najib-yakin-felda-global-venture-ada.html

Subscribe to receive free email updates: