Judul : Nahas Jempol: Polis mohon perintah reman pemandu treler hari ini
link : Nahas Jempol: Polis mohon perintah reman pemandu treler hari ini
Nahas Jempol: Polis mohon perintah reman pemandu treler hari ini
JEMPOL: Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pemandu treler yang mengakibatkan kemalangan sehingga mengorbankan lapan nyawa termasuk enam sekeluarga di kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong berhampiran ladang Risda Palong, Jempol, petang semalam.Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, buat masa ini, pemandu berusia 44 tahun itu berada di bawah tahanan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemandu tidak cedera, kita tahan dia untuk siasatan dan mungin kita akan reman dia esok (Ahad). Ujian air kencing pun kita sudah jalankan dan didapati negatif, esok kita tahulah,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
BACA: 'Saya jadi serba salah tidak ikut keluarga ke Kuantan' - AnakDalam kejadian sekitar 2.21 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki enam sekeluarga bertembung dengan sebuah treler yang memasuki laluannya sebelum kenderaan mereka dihempap treler berkenaan di kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, berhampiran ladang Risda Palong.
Nahas dikatakan berlaku selepas treler terbabit cuba memotong sebuah motosikal membawa tong aiskrim sebelum mengelak Perodua MyVi dan tersasar ke laluan bertentangan.
Proton Exora yang mengekori belakang Perodua MyVi terbabit gagal mengelak dan memasuki bahagian bawah kepala lori sebelum terhempap dan terbakar.
Suami isteri yang menaiki Perodua MyVi turut meninggal dunia akibat tercampak dari kenderaan itu manakala dua lagi mangsa cedera.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sitxLY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Nahas Jempol: Polis mohon perintah reman pemandu treler hari ini
Sekianlah artikel Nahas Jempol: Polis mohon perintah reman pemandu treler hari ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nahas Jempol: Polis mohon perintah reman pemandu treler hari ini dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/nahas-jempol-polis-mohon-perintah-reman.html