Modal Pasaran Syarikat Pelaburan Strategik PNB Meningkat Sebanyak RM25 Bilion

Modal Pasaran Syarikat Pelaburan Strategik PNB Meningkat Sebanyak RM25 Bilion - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Modal Pasaran Syarikat Pelaburan Strategik PNB Meningkat Sebanyak RM25 Bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Modal Pasaran Syarikat Pelaburan Strategik PNB Meningkat Sebanyak RM25 Bilion
link : Modal Pasaran Syarikat Pelaburan Strategik PNB Meningkat Sebanyak RM25 Bilion

Baca juga


Modal Pasaran Syarikat Pelaburan Strategik PNB Meningkat Sebanyak RM25 Bilion

KUALA LUMPUR: Pelan Strategik 2017-2022 Permodahan Nasional Berhad (PNB), ternyata membuahkan hasil positif selepas enam bulan dilaksanakan apabila modal pasaran syarikat pelaburan strategiknya meningkat sebanyak RM25 bilion.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata pelan yang dilancarkan pada November tahun lepas, menetapkan sasaran untuk PNB muncul sebagai syarikat pengurus pelaburan berkelas dunia.

"Pelan baharu itu merangkumi 15 inisiatif yang mana sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan. Malah, salah satu tunjang strategik iaitu pelaburan mapan yang menyenaraikan lima inisiatif, telah menunjukkan respon positif daripada pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis buka puasa bersama pihak media di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abdul Wahid berkata kumpulan itu menguruskan pelaburan berjumlah RM266 bilion setakat ini iaitu 98 peratus dilaburkan dalam negara manakala baki di luar negara termasuk United Kingdom.

Menurutnya, daripada dana RM266 bilion itu, sebanyak 69 peratus dilaburkan dalam syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan sebahagian besar daripadanya merupakan syarikat-syarikat strategik PNB seperti Maybank, Sime Darby, MNRB, CCM, SP Setia dan UMW Holdings.

Maybank misalnya, berjaya muncul sebagai syarikat tersenarai pertama Malaysia mencatat modal pasaran RM100 bilion baru-baru ini yang akan turut menggalakkan syarikat lain mencatat prestasi lebih baik, katanya.

Selain itu, PNB juga melabur dalam syarikat yang dikategorikannya sebagai syarikat teras melibatkan pelaburan kurang 10 peratus atau nilai pasaran RM1 bilion seperti Axiata, MMC, Malaysia Airports, Telekom Malaysia dan TNB.

Mengulas perkembangan politik di UK, Abdul Wahid berkata pelaburan PNB cuma dua peratus dan sejajar usaha mempelbagai pelaburan di luar negara, ia akan memastikan usaha itu tidak akan memberi kesan terhadap keseluruhan portfolionya.

Merujuk Felda Global Venture Bhd (FGV), beliau berkata syarikat itu bukanlah syarikat teras PNB dan perkembangan semasa pasaran membabitkan syarikat itu hanya memberi kesan minimum terhadap pelaburan PNB.

Beliau berkata, pihak pengurusan baharu PNB juga bersedia mengemukakan laporan suku tahunan serta menyalurkan maklum balas kepada pelabur mengenai perkembangan ekonomi semasa dan prestasi pelaburannya.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdFOjT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Modal Pasaran Syarikat Pelaburan Strategik PNB Meningkat Sebanyak RM25 Bilion

Sekianlah artikel Modal Pasaran Syarikat Pelaburan Strategik PNB Meningkat Sebanyak RM25 Bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Modal Pasaran Syarikat Pelaburan Strategik PNB Meningkat Sebanyak RM25 Bilion dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/modal-pasaran-syarikat-pelaburan.html

Subscribe to receive free email updates: