Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor

Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor
link : Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor

Baca juga


Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor

BELUM pun menemui penonton di pawagam, filem Minah Moto arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sudah menerima kecaman dari netizen.

Tidak melihat semua itu sebagai satu masalah, Idham berkata, filem ke-30 arahannya ini sebenarnya membongkar senario dunia motor kini yang mula diminati wanita.

Jelas Idham, pembikinan filem ini juga tidak dilakukan secara semberono, sebaliknya dia mendapat maklumat dari mereka yang aktif dengan motor.

“Sejak mula buat filem pasal mat motor, saya dah ikut mereka yang aktif dalam dunia motor.

“Mereka kongsi maklumat dengan saya dan secara tidak langsung saya pula memaparkan senario sekarang di mana, kaum wanita dah mula minat motosikal, ada group mereka sendiri, mereka ride bersama-sama,” katanya kepada Media Hiburan.

Kata Ahmad Idham, Minah Moto dihasilkan bukan sekadar tangkap muat sebaliknya ada cerita dan ada garis panduannya.

Tambah Idham, dia juga tidak mengambil pusing dengan komen negatif yang diterima dan beranggapan kritikan dari netizen adalah perkara normal.

Bagi pengarah ini, pada zaman teknologi dan laman sosial kini, sesiapa pun akan dikritik sama ada industri seni hingga politik dan bisnes,

“Macam filem ini, mereka belum lihat pun, tapi dah kritik hanya tengok poster. Padahal poster adalah permainan propaganda. Memang ada saja yang tak kena pada mata Netizen.

“Biasanya mereka yang suka ambil dari sudut negatif, mereka hanya nampak yang tak elok sahaja, tapi ada juga yang melihat ia dari sudut positif,” katanya.

Idham berkata, filem lakonan Dayana Roza, Ariz Lufias (Forteen), Cat Farish, Julia Hana dan Aliff Yasraf itu menjalani penggambaran Disember tahun lalu selama 20 hari melibatkan kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Cabaran utama

Katanya, dia juga tidak melakukan promosi secara besar-besaran, namun filem ini sudah diketahui dalam kalangan pengikutnya dan mendapat respons positif.

“Trailer filem ini sudah dikongsi lebih 20,000 dan ditonton melebihi sejuta.

“Macam saya kata tadi, filem mengenai dunia motor ini sudah ada pengikutnya sendiri,” jelasnya.

Idham berkata, walaupun sudah mempunyai pengikut, namun dia tidak mengambil mudah dalam penyusunan jalan cerita filem ini.

Idham yang pernah terkenal melalui drama Cinderella berkata, cabaran utamanya adalah dari sudut penceritaan kerana memikirkan logik dan mahu menarik penonton. untuk “Setiap filem yang saya buat, saya pastikan ada nilai hiburan yang pada penonton dan value for money kerana mereka mengeluarkan duit untuk menonton filem ini di pawagam,” katanya.

Sinopsis

Minah Moto mengisahkan Aminah, seorang gadis yang cantik tetapi berperwatakan kasar seperti lelaki. Tamat persekolahan, Aminah bekerja di bengkel motosikal milik bapanya.

Aminah juga menyimpan impian ingin memiliki motosikal RXZ dan apabila impiannya tercapai, bermulalah kehidupan Aminah sebagai Minah Moto.

The post Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBSEcP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor

Sekianlah artikel Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Minah Moto bongkar sisi feminin dunia motor dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/minah-moto-bongkar-sisi-feminin-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :