Menyusu Anak di Rumah Mertua

Menyusu Anak di Rumah Mertua - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menyusu Anak di Rumah Mertua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menyusu Anak di Rumah Mertua
link : Menyusu Anak di Rumah Mertua

Baca juga


Menyusu Anak di Rumah Mertua

Menyusu Anak di Rumah Mertua

Menyusu Anak di Rumah Mertua

Assalamualaikum.
Tolong rahsiakan identiti saya. Terima kasih, admin.

Dah lama sebenarnya saya perhatikan isu aurat menantu perempuan yang menyusukan di rumah mentua. Saya sendiri sudah mendirikan rumah tangga selama 2tahun, dan ketika ini saya juga menyusukan bayi saya.

Sejak saya kahwin, memang boleh dikatakan tiap minggu kami akan balik ke rumah mentua. Alhamdulillah, kami ada bilik sendiri. Jadi bila keluar bilik je saya bertudung. Kalau nak ke bilik air pun saya akan pakai tuala untuk tutup kepala.

Memang rimas. Tambah tambah dengan keadaan cuaca sekarang ni. Tapi nak taknak kena hadap je. Sayang suami la katakan.

Isu bilik air. Walaupun isu ni kecil saya kupas juga untuk renungan bersama. Untuk pengetahuan semua, rumah mentua saya ada 4 bilik air. Tapi bilik kami takde bilik air. Bilik bilik lain semua ada. Termasuk bilik anak teruna.

Mentua. Suami. Tolong prihatin sikit isu aurat perempuan. Yang teruna tu tak perlu pun nak bertudung litup ke hulu kehilir. Jadi untuk apa laa dalam bilik dibina bilik air khas sedangkan yang menantu perempuan terpaksa bertudung litup semata mata nak ke bilik air?

Masuk isu kongsi bilik. Saya juga ada seorang kakak ipar yang menyusukan anak. Saya simpati dengan dia sebab biasanya bila bermalam di rumah mentua kakak ipar saya dan suami serta anak anak akan tidur di ruang tamu.

Suami, pernah tak kamu bayangkan malu nya seorang wanita itu nak selak baju dia di tempat terbuka untuk menyusukan anak? Tolong prihatin. Bayi yang menyusu biasanya akan menyusu 2 jam sekali. Jadi terpaksa tebalkan muka untuk tumpang bilik orang lain setiap kali mahu menyusu.

Pernah sekali tu buat family vacation. Kami duduk homestay. Anak perempuan (bersama suami dan anak anak) sendiri dapat sebuah bilik. Kakak ipar tidur kat ruang tamu lagi. Benda mudah je, adik beradik berempuan aurat dari pusat ke bawah lutut je dengan semua yang lain. Sedangkan kakak ipar seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Isu tak dapat bilik bila balik kampung or isu berebut bilik. Benda ni mentua kena bijak main peranan. Kalau bilik banyak kena utamakan menantu perempuan yang menyusukan anak. Kalau bilik tak cukup kena pandai asingkan tempat tidur lelaki dan perempuan agar aurat terpelihara.

Suami pun janganlah tahu seronok balik kampung or beraya dengan ibu bapa sendiri sampai lupa kan tanggungjawab. Ya tanggungjawab anda untuk menyusukan anak. Dan tanggungjawab anda menjaga aurat isteri anda.

Harap lepas baca ni ramai yang buka mata.

Iz

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rP1T4F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Menyusu Anak di Rumah Mertua

Sekianlah artikel Menyusu Anak di Rumah Mertua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menyusu Anak di Rumah Mertua dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/menyusu-anak-di-rumah-mertua.html

Subscribe to receive free email updates: