MENTERI: SIA-SIA LAYAN PPBM AJAK NAJIB DEBAT MAHATHIR

MENTERI: SIA-SIA LAYAN PPBM AJAK NAJIB DEBAT MAHATHIR - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MENTERI: SIA-SIA LAYAN PPBM AJAK NAJIB DEBAT MAHATHIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MENTERI: SIA-SIA LAYAN PPBM AJAK NAJIB DEBAT MAHATHIR
link : MENTERI: SIA-SIA LAYAN PPBM AJAK NAJIB DEBAT MAHATHIR

Baca juga


MENTERI: SIA-SIA LAYAN PPBM AJAK NAJIB DEBAT MAHATHIR

BERA – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpandangan adalah lebih baik untuk Barisan Nasional (BN) khususnya Umno tidak melayan permintaan pembangkang untuk berdebat.

Beliau juga menyifatkan melayan kehendak untuk berdepat itu sebagai kerja sia-sia kerana penganjurannya jelas bertujuan mencari kesalahan selain tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

“Saya rasa kita tidak perlu melayan pembangkang itu kerana hanya menghabiskan masa. Malah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) juga menyatakan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar semua permasalahan rakyat dan akan menyelesaikannya.

“Masalah rakyat itu yang lebih penting daripada berdebat dan sebagainya… yang bukannya mencari kebenaran tetapi untuk mencari kesalahan dan membuat tuduhan palsu yang bukan-bukan,” katanya.

Ismail Sabri yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Peruntukan Parlimen Bera di Dewan Umno Bera di sini hari ini.

Anggota parlimen Bera mengulas kenyataan ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilaporkan akan menganjurkan forum “Nothing to Hide” dengan menjemput Najib dan pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohammad menjawab soalan berbangkit daripada mana-mana pihak.

Ismail Sabri berkata jika Umno berlapang dada untuk “menyambut pelawaan itu sekalipun”, penganjurannya tidak akan mencapai objektif kerana sudah pasti pembangkang tidak akan menerima apa juga kebenaran dan kebaikan yang dilakukan Umno.

“Jawab macam manapun mereka tidak akan setuju dengan apa yang kita katakan sebab mereka memang sudah prejudis.

“Mereka tidak pernah pernah menganggap apa yang kerajaan buat itu betul walaupun kerajaan buat, tidak kira sebaik manapun tindakan itu. Memang sudah kerja mereka untuk menentang,” katanya.

— Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sm1CuJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel MENTERI: SIA-SIA LAYAN PPBM AJAK NAJIB DEBAT MAHATHIR

Sekianlah artikel MENTERI: SIA-SIA LAYAN PPBM AJAK NAJIB DEBAT MAHATHIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MENTERI: SIA-SIA LAYAN PPBM AJAK NAJIB DEBAT MAHATHIR dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/menteri-sia-sia-layan-ppbm-ajak-najib.html

Subscribe to receive free email updates: