Judul : Memotong di selekoh punca kemalangan
link : Memotong di selekoh punca kemalangan
Memotong di selekoh punca kemalangan
Memotong di selekoh punca kemalangan|Gara-gara memotong di selekoh, seorang pekerja ladang warga Indonesia maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 26, Jalan Beruas – Parit- Ipoh di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, mangsa dikenali sebagai Ernas, 33, disahkan maut ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohammad Zainal Abdullah berkata, wanita berusia 24 tahun yang memandu Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan dalam perjalanan dari Siputeh menuju ke Parit bertembung dengan Honda EX5 yang ditunggang mangsa dari arah bertentangan.
“Mangsa dipercayai sedang memotong kenderaan dihadapannya dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pertembungan, itu.” katanya.
Menurutnya, impak kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak dan terlentang pada bonet kereta berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Siasatan awal ditempat kejadian mendapati jalan berkenaan berselekoh dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Changkat Melintang.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
The post Memotong di selekoh punca kemalangan appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sF4Xo6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Memotong di selekoh punca kemalangan
Anda sekarang membaca artikel Memotong di selekoh punca kemalangan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/memotong-di-selekoh-punca-kemalangan.html