Judul : Masalah Untuk Tidur? Ini 5 Tumbuhan Sesuai Ditanam Dalam Bilik Untuk Bantu Anda Tidur Lena.
link : Masalah Untuk Tidur? Ini 5 Tumbuhan Sesuai Ditanam Dalam Bilik Untuk Bantu Anda Tidur Lena.
Masalah Untuk Tidur? Ini 5 Tumbuhan Sesuai Ditanam Dalam Bilik Untuk Bantu Anda Tidur Lena.
Dibulan Ramadhan ni ramai yang berjaga malam untuk beribadat mahupun buat persediaan biskut raya sempena Hari Raya yang bakal tiba. Jadi sudah pastilah terpaksa tidur lebih awal dari kebiasaannya kan?
Kebanyakan daripada kita mendengar muzik yang menenangkan, atau minum susu suam untuk mendapat tidur yang lena. Tapi tahukah anda bahawa dengan menanam beberapa tumbuhan dalam rumah, ia mampu membantu mendapatkan tidur yang lebih lena?
Memang benar!
Jika tak dapat tidur dengan lena, tumbuhan-tumbuhan ini dapat membantu menukar kualiti udara di dalam bilik tidur anda serta menukar suasana bilik kepada lebih menyegarkan.
Berikut 5 tumbuhan yang boleh membantu mendorong keadaan yang lebih sesuai untuk anda untuk menikmati tidur yang lena setiap malam.
1. Aloe Vera
Pokok aloe vera sangat senang untuk dijaga. Aloe vera akan melepaskan oksigen pada waktu malam di mana ia akan memberi otak kita bekalan oksigen yang cukup dan membantu kita mengantuk dan tidur. Selain menjadi pejuang rahsia terhadap insomnia, ia juga membantu meningkatkan kualiti keseluruhan tidur anda.
Lagipun, aloe vera telah disenaraikan oleh NASA sebagai salah satu tumbuhan yang dapat meningkatkan kualiti udara dalam rumah. Tambahan pula, ia sangatlah mudah untuk ditambah biak, tidak memerlukan cahaya matahari yang berterusan, serta memerlukan air yang sedikit sahaja. Lagipun batangnya bersifat menyimpan air yang tinggi.
2. Pokok Lavender
Lavender menghasilkan aroma yang menenangkan yang akan membantu kita untuk relaks dan jatuh lena. Aroma lavender juga dikatakan mampu memperlahankan kadar degupan jantung, mengurangkan tahap anxiety atau keresahan, dan sesetengah kajian pula menunjukkan aromanya mampu meningkatkan tidur yang ringan, menyingkatkan tidur Rapid-Eye Movement (REM), serta memendekkan masa yang diperlukan untuk bangun selepas tidur. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan tangisan di kalangan bayi dan menenangkan mereka.
3. Pokok Jasmin
Di beberapa negara Asia Tenggara, Jasmin atau bunga melati dikaitkan dengan kesucian dan dianggap bunga suci kerana ia digunakan di beberapa upacara keagamaan di India. Walaupun bau melati mungkin sedikit kuat, ia telah menunjukkan dapat meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan tumpuan dan juga produktiviti seseorang.
Bunga ini juga mampu mengurangkan keresahan atau anxieti kerana baunya yang memberi kesan ketenangan kepada badan dan minda, seterusnya membantu mendapatkan tidur yang berkualiti.
4.Pokok English Ivy
Terdapat satu lagi kegemaran NASA, pokok English Ivy sangat mudah untuk di tanam dan merupakan pembersih udara yang berkesan. Ia dipercayai mampu membantu meringankan masalah pernafasan dan keadaan seperti asthma pada sesetengah orang.
Beberapa kajian juga menunjukkan bunga English Ivy boleh mengurangkan kulat di udara iaitu sehinga 94% dalam jangka masa 12 jam selepas disimpan di dalam bilik. Lagipun sangat senang untuk dibela didalam bangunan. Tanam English ivy di dalam pasu dengan pegangan atau struktur menegak untuk mendaki, atau didalam bakul yang digantung di mana ia boleh terjuntai lebih di sebelah tepi.
5. Pokok Lidah Jin
Pokok Lidah Jin juga dikenali sebagai SnakePlant, atau Lidah Mak Mertua sangat popular dan biasa ditanam didalam rumah. Ini kerana ia sangat senang untuk hidup dan secara seninya ia sangat cantik dijadikan sebagai dekorasi dalaman. Selain untuk hiasan, ia juga membantumeningkatkan kualiti udara di dalam bilik. Ia sangat senang untuk hidup dan membiak serta senang dijaga.
Pokok lidah jin mengeluarkan oksigen di waktu malam semasa kita sedang tidur dan mengurangkan kadar karbon dioksida di udara dalam rumah kita. Lidah jin juga dikatakan mampu menapis toksin di udara di dalam rumah dan menyebabkan udara dalam rumah sentiasa sihat dan tulin untuk kita bernafas.
Jadi, yang mana pilihan anda untuk hiasan dalam rumah?
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdQOxI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Masalah Untuk Tidur? Ini 5 Tumbuhan Sesuai Ditanam Dalam Bilik Untuk Bantu Anda Tidur Lena.
Anda sekarang membaca artikel Masalah Untuk Tidur? Ini 5 Tumbuhan Sesuai Ditanam Dalam Bilik Untuk Bantu Anda Tidur Lena. dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/masalah-untuk-tidur-ini-5-tumbuhan_12.html