Judul : Mahkamah Tinggi Putuskan Tiong Choon Kekal ADUN Pujut
link : Mahkamah Tinggi Putuskan Tiong Choon Kekal ADUN Pujut
Mahkamah Tinggi Putuskan Tiong Choon Kekal ADUN Pujut
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Dr. Ting Tiong Choon kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut. Keputusan yang diputuskan oleh Hakim Datuk Douglas Christo Primus Sikayun sekali gus membatalkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut yang dijadualkan diadakan pada 4 Julai depan.
Douglas Christo dalam penghakimannya berkata, keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menyingkirkan Tiong Choon dalam Persidangan DUN pad 12 Mei lalu adalah melampaui bidang kuasanya.
"Tindakan pemecatan Tiong Choon melalui usul yang dibawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh dalam Persidangan DUN Sarawak Mei lalu adalah tidak berpelembagaan dan bertentangan keadilan asasi," katanya di sini hari ini.
Sebelum ini, Tiong Choon dipecat oleh DUN Sarawak dan hilang kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas dikatakan memiliki dua kerakyataan selepas memperoleh kewarganegaraan Australia pada 2012.
Susulan keputusan itu, Tiong Choon telahmemfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini bagi perisytiharan sebagai batal dan tidak sah pada 7 Jun lalu.
Dalam fail saman itu, Tiong Choon menamakan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai defendan pertama, Wong Soon Koh sebagai defendan kedua, DUN Sarawak, Kerajaan Sarawak, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan ketiga, keempat dan kelima.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIX2Go
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Mahkamah Tinggi Putuskan Tiong Choon Kekal ADUN Pujut
Sekianlah artikel Mahkamah Tinggi Putuskan Tiong Choon Kekal ADUN Pujut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tinggi Putuskan Tiong Choon Kekal ADUN Pujut dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/mahkamah-tinggi-putuskan-tiong-choon.html