Mahkamah kanak-kanak percepat proses hukuman kepada pesalah - Penganalisis Jenayah

Mahkamah kanak-kanak percepat proses hukuman kepada pesalah - Penganalisis Jenayah - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah kanak-kanak percepat proses hukuman kepada pesalah - Penganalisis Jenayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah kanak-kanak percepat proses hukuman kepada pesalah - Penganalisis Jenayah
link : Mahkamah kanak-kanak percepat proses hukuman kepada pesalah - Penganalisis Jenayah

Baca juga


Mahkamah kanak-kanak percepat proses hukuman kepada pesalah - Penganalisis Jenayah

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dilihat mampu mempercepatkan proses perundangan berkaitan jenayah seksual kanak-kanak.
 
Penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata mahkamah yang baru dirasmikan semalam itu diharap dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pelaku jenayah seksual yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.
 
"Baguslah. Yang pertama percepatkan proses. Bagus. Yang kedua, pastikan hakim apabila membawa kes ini pastikan jatuh hukum semaksima yang boleh. Untuk pengajaran orang buat tersebut supaya orang lain tidak buat. Mustahaknya. 
 
Ada mahkamah itu sahaja tanpa hukuman yang maksima. Sebab kes ini semakin serius sekarang ini," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Dalam pada itu, Akhbar turut mencadangkan kajian secara telus dilakukan bagi mengkaji lebih mendalam mengenai punca mahupun faktor pelakuan jenayah tersebut yang kini dilihat semakin serius dalam kalangan masyarakat.
 
Semakin teruk. Kita ada masalah sosial. Teruk banyak bukan di selain masalah lain, masalah ini sosial ini teruk. Kalau boleh buat kajian menyeluruh supaya kita dapat melihat faktornya penyebab yang masyarakat kita semakin teruk.
 
Kalau dengan kajian ini kita tahu lah cara kita nak atasi. Secara kajian empirikal," tambahnya.
 
Semalam Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya.
 
Mahkamah khas berkenaan bukan sahaja menjadi mahkamah pertama seumpamanya diwujudkan di negara ini, malah yang pertama di Asia Tenggara.
 
Ia diwujudkan bertujuan mempercepatkan tempoh pelupusan kes dan mempercepatkan giliran bagi perbicaraan kes jenayah seksual yang membabitkan kanak-kanak.
 
Perdana Menteri berkata, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak ini berbeza dengan Mahkamah Kanak-Kanak sedia ada, yang mana mengendalikan kes di mana pelaku jenayahnya adalah kanak-kanak.
 
Tambahnya, penubuhan mahkamah ini nanti akan diperluaskan secara berperingkat ke semua 13 negeri di seluruh Malaysia.
 
 


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Mahkamah kanak-kanak percepat proses hukuman kepada pesalah - Penganalisis Jenayah

Sekianlah artikel Mahkamah kanak-kanak percepat proses hukuman kepada pesalah - Penganalisis Jenayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah kanak-kanak percepat proses hukuman kepada pesalah - Penganalisis Jenayah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/mahkamah-kanak-kanak-percepat-proses.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :