Lapor Kepada APMM Jika Jumpa Kontena Makanan

Lapor Kepada APMM Jika Jumpa Kontena Makanan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lapor Kepada APMM Jika Jumpa Kontena Makanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lapor Kepada APMM Jika Jumpa Kontena Makanan
link : Lapor Kepada APMM Jika Jumpa Kontena Makanan

Baca juga


Lapor Kepada APMM Jika Jumpa Kontena Makanan

MELAKA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) meminta nelayan yang menjumpai kontena berisi bahan makanan daripada kapal KM Avatar yang karam di Selat Melaka pada 14 Jun lepas agar segera membuat laporan kepada pihaknya.

Pegawai operasi APMM Melaka, Leftenan Muhamad Rasul Abdul Rahmat berkata nelayan yang menarik kontena dari laut ke jeti dilarang membuka atau mengambil barang di dalam kontena berkenaan.

“Nelayan dilarang mengambil barang di dalam kontena dan kita akan melakukan perbincangan dengan pemilik kargo bagi mendapatkan persetujuan untuk memberi habuan setimpal kepada nelayan yang membawa kontena ke jeti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir orang ramai mengambil barang makanan di dalam kontena daripada Kapal KM Avatar di Teluk Gong semalam.

Muhamad Rasul berkata pihaknya dan Jabatan Laut telah menanda ‘plot’ (kedudukan) baki 17 buah kontena yang dibawa oleh kapal KM Avatar dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada ejen yang dilantik oleh syarikat kapal terbabit.

“Kita juga sedang melakukan perbincangan dengan pemilik bagaimana hendak menguruskan kontena daripada kapal tersebut,” katanya.

Dalam kejadian 9.25 pagi 14 Jun lepas, KM Avatar, kapal kontena dari Indonesia karam di Selat Melaka dipercayai akibat dipukul ombak kuat.

Kapal itu membawa 15 anak kapal dan 13 daripadanya diselamatkan sebuah kapal dagang yang melalui lokasi kejadian.

Seorang lagi anak kapal, Hermawan, 35, yang merupakan tukang masak diselamatkan menerusi Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 15 Jun dan mayat kapten kapal, Samuel Andianto Henuk, 52, ditemukan pada hari yang sama. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBvXFH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Lapor Kepada APMM Jika Jumpa Kontena Makanan

Sekianlah artikel Lapor Kepada APMM Jika Jumpa Kontena Makanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lapor Kepada APMM Jika Jumpa Kontena Makanan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/lapor-kepada-apmm-jika-jumpa-kontena.html

Subscribe to receive free email updates: