Koma Dipukul Akibat Diejek Misai Pendek Ketika Beli Burger

Koma Dipukul Akibat Diejek Misai Pendek Ketika Beli Burger - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Koma Dipukul Akibat Diejek Misai Pendek Ketika Beli Burger, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Koma Dipukul Akibat Diejek Misai Pendek Ketika Beli Burger
link : Koma Dipukul Akibat Diejek Misai Pendek Ketika Beli Burger

Baca juga


Koma Dipukul Akibat Diejek Misai Pendek Ketika Beli Burger

Koma Dipukul Akibat Diejek Misai Pendek Ketika Beli Burger

Mangsa turut dipercayai diliwat selepas hasil pemeriksaan kesihatan mendapati berlaku kecederaan di bahagian dubur. (Gambar hiasan: Sittercity.com)

Polis Pulau Pinang akan mendapatkan laporan prestasi pelajar terhadap dua suspek yang ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kejadian pukul dan buli dua remaja berusia 18 tahun dan 19 tahun berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Georgetown Pulau Pinang, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, laporan itu dianggap amat penting bagi memastikan mereka yang berusia 16 dan 17 tahun itu terbabit dalam masalah displin atau jenayah atau sebaliknya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian sebenar sehingga mangsa yang berusia 18 tahun dilaporkan koma dan masih lagi dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Punca awal kejadian

Katanya, hasil siasatan yang dilakukan polis turut menahan tiga lagi lelaki yang berusia 18 tahun yang merupakan kenalan kedua mangsa selain kejadian awal yang berlaku berpunca akibat ejekan mengenai misai yang ada pada mangsa.

"Selain dikecam dan dituduh misai pendek macam pondan sewaktu mangsa bersama seorang lagi rakannya pergi membeli burger di sebuah gerai di Taman Tun Sardon pada jam 2.10 pagi sebelum terserempak dengan suspek yang merupakan rakan sekolah.

"Dalam kejadian itu berlaku ejek mengejek menyebabkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek selain mangsa ada memberitahu agar suspek tidak terus menganggu mereka menyebabkan suspek tidak berpuas hati.

"Suspek bersama kawan-kawan dipercayai bertindak memukul mangsa bersama rakannya sebelum rakan mangsa berjaya melarikan diri dan kemudian meminta bantuan daripada bapa saudara," katanya ketika ditemui semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.

Hasil pemeriksaan kesihatan

Anuar berkata, siasatan mendapati kedua mangsa dipercayai dipukul dengan topi keledar selain ditendang dan ditumbuk dan mangsa kini didalam keadaan koma selepas mengalami masalah 'otak mati' dan dirawat di HPP.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati laporan daripada pihak hospital masih lagi belum diperolehi untuk mengenalpasti sama ada mangsa diliwat atau sebaliknya berikutan keadaan kecederaan yang berlaku di bahagian dubur.

"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan pada dubur mangsa apabila dilaporkan mengalami kecederaan akibat dimasukkan objek tumpul seperti botol atau kayu," katanya.

Anuar berkata, siasatan dapati tiada unsur gangster atau kongsi gelap dan laporan rekod pelajar itu amat penting untuk kenal pasti latar belakang suspek yang ditahan dan hasil siasatan yang dilakukan ke atas kelima suspek mengaku memukul mangsa.

"Mereka juga enggan mengaku terbabit dalam kes liwat mangsa dan polis turut mendapat perintah melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas dua suspek berusia 17 tahun yang masih bersekolah manakala tiga lagi suspek pada Jumaat ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan," katanya.

"Kes juga turut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2thZVKZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Koma Dipukul Akibat Diejek Misai Pendek Ketika Beli Burger

Sekianlah artikel Koma Dipukul Akibat Diejek Misai Pendek Ketika Beli Burger kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Koma Dipukul Akibat Diejek Misai Pendek Ketika Beli Burger dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/koma-dipukul-akibat-diejek-misai-pendek_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :