Judul : Koleksi Mak Cun Dan Khalif Oleh Erma Fatima Pertahankan Gaya Tradisi Wanita Melayu
link : Koleksi Mak Cun Dan Khalif Oleh Erma Fatima Pertahankan Gaya Tradisi Wanita Melayu
Koleksi Mak Cun Dan Khalif Oleh Erma Fatima Pertahankan Gaya Tradisi Wanita Melayu
Cantik itu budaya, itulah tagline yang dipilih Erma. (Gambar: Instagram @ermafatima)
Di saat ada wanita yang galak mengenakan jubah atau abaya tidak kira pada hari biasa atau perayaan tertentu termasuk hari raya, sutradara terkenal, Erma Fatima pula sebaliknya mahu mempertahankan gaya baju kurung, kebaya serta kebarung yang dilihat antara gaya tradisi wanita Melayu yang tebal dengan ciri ketimuran.
Lalu hadirnya koleksi pakaian Mak Cun serentak dengan koleksi pakaian Khalif by Erma Fatima baru-baru ini membuktikan apa yang diperkatakannya.
Koleksi pakaian Mak Cun menterjemahkan gaya kebarung dan berkain batik yang sering dipakai Erma ketika melakonkan karakter berkenaan di medium TV mahupun di pentas teater.
“Saya tak gunakan material guna kain mahal pun. Ia pakaian harian yang sangat praktikal untuk dipakai. Sejujurnya dua koleksi yang saya hasilkan ini bertujuan mahu kembalikan gaya tradisi ketika sambutan raya dan gaya harian. Alang alang nak dekat raya ini bolehlah digayakan nanti.
“Saya sebenarnya tak percaya dengan konsep jubah dan abaya itu. Itu bukan baju raya kita. Gaya jubah dan abaya itu lebih kepada gaya orang Arab. Saya mahu kembalikan gaya Melayu yang masih tebal bercirikan ketimuran. Kenapa nak agungkan gaya orang luar,” katanya.
Tambah kakak kepada Umie Aida dan Betty Rahmad itu lagi kehadirannya dengan jenama pakaian terbabit bukan isyarat yang beliau juga mahu bergelar pereka fesyen.
Bagaimanapun Erma tidak berhasrat menggelarkan dirinya sebagai pereka fesyen.
“Saya memang bukan nak jadi pereka fesyen pun. Saya tak berminat pun ke arah itu. Saya hanya mahu martabatkan pakaian yang masih berteraskan muslimah dan menutup aurat. Ia juga bersifat tradisional dengan gaya wanita Melayu dan klasik. Saya buat baju yang saya suka pakai dan atas dasar ‘seronok-seronok’ sahaja.
“Saya yang reka rekaannya dan meminta bantuan tukang jahit untuk menterjemahkan ke dalam bentuk yang saya ingini. Pereka fesyen Ashraf Zainal terutamanya banyak membantu saya dalam hal ini,” katanya yang baru-baru ini turut membuka Mak Cun Mart di Ukay Perdana.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sid7mN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Koleksi Mak Cun Dan Khalif Oleh Erma Fatima Pertahankan Gaya Tradisi Wanita Melayu
Anda sekarang membaca artikel Koleksi Mak Cun Dan Khalif Oleh Erma Fatima Pertahankan Gaya Tradisi Wanita Melayu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/koleksi-mak-cun-dan-khalif-oleh-erma.html