Kesusahan Yang Memgajar Diri

Kesusahan Yang Memgajar Diri - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesusahan Yang Memgajar Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesusahan Yang Memgajar Diri
link : Kesusahan Yang Memgajar Diri

Baca juga


Kesusahan Yang Memgajar Diri

Kesusahan Yang Memgajar Diri

Assalamualaikum..terima kasih jika sudi siarkan cerita aku ni..aku ni xlah pandai bercerita maaflah jika ada susunan ayat yang xberapa difahami. Tujuan aku bercerita bukanlah untuk meminta simpati tapi aku hanya ingin berkongsi rasa bagaimana kesusahan begitu mengisafkan aku dan mengajar aku banyak perkara.

Dulu aku bekerja hampir 5 tahun. Inilah pekerjaan yang paling lama aku bertahan kerana gajinya yang lumayan dgn aku yang hanya berkelulusan spm ni. Kerja aku ni tak boleh pakai tudung dan uniformnya skirt pendek. Aku seronok kerja sbb gajinya terlebih cukup untuk aku yang bujang ni. Aku selalu makan sedap2 dan mahal, setiap bulan aku shoping beli ape je yang aku nak. Aku bukanlah pemboros orangnya setiap bulan aku memyimpan minima rm500. Setiap bulan dah boleh senyum tengok duit simpanan. Aku rasa seperti hari2 aku yang akan datang dah selamat sebab simpanan aku semakin banyak.

Dalam 3 tahun aku kerja, umur pun dah semakin meningkat aku selalu berfikir macam nak berubah ke arah kebaikan. Masa ni aku dah mula solat tapi tak pakai tudung. Yelah macam mana aku nak pakai tudung tempat kerja aku tak boleh pakai tudung. Aku ada jugak fikir nak cari kerja lain tp aku cuba2 kerja lain tu tak dapat gaji yang best macam kerja aku. Lama kelamaan aku semakin stress dengan kerja aku. Aku pun tak tahu apa yang aku stress dan aku selalu je fikir Allah terima tak solat aku? aku solat tp lepas solat x tutup aurat. Masa tu hari2 aku doa semoga Allah kurniakn aku kerja yang bagus, ada waktu untuk solat dan boleh pakai tudung. Tapi aku masih je bekerja disitu sebab tak berani nak cuba kerja lain aku takut kerja lain gaji sikit nanti aku susah. Aku takut sgt dengan kesusahan sebab sebelum ni aku susah aku dah taknak hidup susah.

Berikutan ekonomi negara yang semakin semakin teruk memberi effect dekat gaji aku, sales aku semakin sikit dan komisyen aku pun sikit la. Gaji aku pun semakin sikit dah tak macam dulu. Keja pun semakin stress. Masa ni entahlah aku pun tak tahu mungkin sebab diduga aku betul2 rasa nk berubah sangat2 aku dah mula dengar cermah2 kt utube, aku ikut kawan pergi masjid. Masa ni aku niat kalau aku dapat kerja lain aku memang nak pakai tudung dah lepasni. Dalam pada aku nk berubah tu aku diduga dengan macam2 dugaan. Kalau nk cerita pun kat sini nanti jadi novel pulak. Aku diduga sampai semua duit simpanan aku pun habis. Dugaan tu tak henti2 datang dah settle yang ni datang pulak yang lain sampai dah tak tinggal apa2 kat aku. Siang malam aku berdoa tapi malang datang juga menimpa aku. Aku fikir2 apa salah aku atau mungkin Allah x terima pun solat dan doa aku sebab aku xtutup aurat. Dan aku pun mmg tekad dah nak berhenti kerja.

Aku dah xkisah dah kerja apa asalkan aku dapat keluar dari situ. Tapi aku x tahulah malangnya nasib aku susah sangat2 aku nak dapat kerja. Masa ni ekonomi memang tengah teruk banyak tempat kerja yang nk kurangkan pekerja. Tiba2 aku terfikir baik aku sambung belajar. Tapi aku xmampu..dan aku pun decide nak belajar kemahiran selama 6 bulan. kos belajar pun murah dan setiap bulan pun ada elaun belajar. Masatu aku dah plan dan buat kira2 semua siang aku belajar dan malam aku kerja partime cukuplah nak tanggung hidup aku selama 6 bulan kan. Dan aku pun berhenti kerja tu.

Alhamdulillah seminggu selepas aku masuk beljar aku dah start pakai tudung. Tapi..dugaan buat aku masih x terhenti disitu. Dugaan yang aku hadapi semuanya berkaitan dengan duit. Duit gaji kerja partime aku tambah duit elaun aku xpernah cukup dapat je duit ade je bnda yang terjadi. Sampai aku tak ada duit pun nak makan. Bayangkan setiap hari aku cuma ada budjet untuk makan rm1 je. Setiap hari aku hanya makan roti yang harganya rm1 kebawah. Selalunya pagi dan tengahari aku tak makan. Aku akn makan roti sebelum masuk kerja tahanlah sikit perut aku sampai malam. Aku banyak berpuasa. Aku ganti puasa2 yg aku tinggal tak berganti.aku banyakkan puasa2 sunat. Jadi perut aku dah lali dah dengan lapar. Aku ni bukan jenis suka meminjam walau susah cmne pun aku xkn pinjam duit dengan org.kalau aku pinjam bila pulak aku nak ganti sebab aku pun tak tahu bila yang aku akan cukup duit untuk byr hutang tu. Kalau berhutang lama2 org pun x suka kita nt. Pernah aku kehabisan duit satu hari aku xmakan langsung dan malam tu masa tengah kerja perut aku sakit sangat sebab lapar aku pun teringat kwn aku cakap kalau nak apa2 baca selawat banyak2 mintak dgn Allah bersungguh2. Aku usap perut aku sambil baca selawat aku mintak dengan Allah aku nak makan..aku lapar sangat. Malam tu aku redha je kalau xdpt mkn pun. Tp aku xsangaka Allah dengar doa aku. Balik rumah housemate aku ada tinggalkan aku nasi. Ya Allah menitik airmata aku bersyukur masa tu tengok nasi. Selama ni aku hanya bersyukur dengan perkara2 yg besar je. Tapi saat ni dengan nasi yg selama ni aku mkn hari2 aku rasa mcm satu nikmat yg paling besar Allah kurniakn untuk aku.

Dengan kesusahan yang aku hadapi sekarang aku banyak beljar erti redha dgn seikhlas hati. Aku belajar erti sebenar bersyukur. Dan semenjak itu aku hanya meminta hanya pada Allah..Aku redha dengan jalan apa yang Allah tentukan untuk aku. Walaupun aku xada duit, tapi Allah kurniakn org2 yg baik disekeliling aku. Org2 yg terima aku dgn ikhlas walaupun aku tengah susah.

Bulan ramadhan ni pun banyak menyedarkan aku. Bila tiba waktu dekat2 nak berbuka puasa dekat fb dekat wassap group semua org send dan upload gambar makanan mereka yg sedap2. Walupun hanya sekadar gambar ayam goreng dan nasi kosong, tapi bagi insan yg xmampu macam aku ni yg hanya berbuka dengan air dan kdg2 ade duit lbh sikit bolehlah beli kuih betapa pilu sedihnya perasaan aku bila tengok gmbr makanan tersebut xdapat digambarkan perasaan tu hanya Allah je yang tahu. Tapi semua ni betul2 buat aku insaf kalau dulu hobi aku mmg suka post gambar makanan aku yg sedap2. Kalau mkanan x sedap aku x nk upload. Masa tu aku x pernah terfikir lngsung bagaimana perasaan org yg x mampu bila tengok gambar makanan tu. Bagi aku masa tu alah makanan je pun apa salahnya kita post kt fb kt mna2 bukanya aku upload gmbr kereta mewah pun..tapi hari ini Allah bg aku hidup susah Allah bg aku rasa bagaimana perasaan org yg xmampu..memang betul2 buat aku insaf dan aku berjanji dengan diri aku kalau suatu hari nanti Allah kurniakn aku rezeki lbh aku dah xnak upload lg gmbr mknan dan insyaallah aku akn bantu insan2 yg senasib mcm aku sekarang.

Tak lama lagi dah nak raya persiapan raya langsung xada. Tapi aku dah xrasa apa pun untuk sambut raya. Kalau aku dapat balik kampung jumpa keluarga aku pun dah bersyukur sgt2. Dah lama aku xbalik kampung sejak aku diharungi dgn bermcam masalah ni. Sebab nak balik kampung pun xcukup duit. Aku dah iktihar mcm2 cari duit untuk balik kampung raya nanti. Aku jual kuih raya pun x laku tp x apalah aku betul2 redha rezeki xpernah salah alamat. Aku hanya mampu berdoa semoga aku dapat pulang ke kampung beraya bersama keluargaku. Tlg doakn aku dpt pulang ke kampung. Aku tersangat2 rindu..dan tlg doakn juga semoga aku terus istiqomah dalam usahaku nk berubah ke arah kebaikan yg di redhaiNya.

Cik sabar

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tawMkP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kesusahan Yang Memgajar Diri

Sekianlah artikel Kesusahan Yang Memgajar Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesusahan Yang Memgajar Diri dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/kesusahan-yang-memgajar-diri.html

Subscribe to receive free email updates: