Judul : Kesan Anime Dalam Diri Aku
link : Kesan Anime Dalam Diri Aku
Kesan Anime Dalam Diri Aku
Assalamualaikum, trimas pada admin kalau confession sy di siarkan.
Aku ni minat membaca dari kecik tp bukan baca novel, majalah artis2 atau surat khabar. Buku teks lagilah mmg musuh ketat aku hehe Aku suka baca komik n kartun tak kira apa jenis kartun sekalipun aku tetap baca.
Masa kecik aku kumpul duit semata2 nak beli buku Doraemon, Dragon Ball n macam2 lg komik. Dah beli baca n sorok bawah katil or blakang almari, bawah karpet pn ada sampai kadang2 aku lupa mana aku sorok buku2 tu. Kerja sekolah pon aku selalu sorok hahaha Kiranya aku ni mmg pakar menyorokkan buku tapi bapak aku pulak pakar mencari buku2 yg aku sorok adehhh.
Ayah aku ni mmg garang xsuka aku baca komik katanya minda x berkembang, dia bagi aku novel. Aku dah la budak lagi masa tu dlm lingkungan darjah 2 di baginya buku sastera A Samad Said, novel tebal2 kalo baling kucing pun mau pengsan. Aku dgn redhanya bacalah sbb nak jaga hati ayah aku, bila ayah aku keluar jer ak g bukak buku Doraemon. Dengar je moto ayah aku balik, cepat2 bukak novel. Adeii redha je la.
Ayah aku ni pada mulanya anti kartun n buku komik, pernah sekali aku balik kelas petang, ak tgk ayah aku tgh membakar sampah. Aku pun pergilah tolong, banyak betul sampah masa tu. Aku pun tgk2 la ap yg bnyk sangat sampah tu, sekali datang dekat aku tgk komik aku di siat2 n dah jadi bahan bakar pun. Perghhhh sambil cakar rumput sambil nangis x berlagu huhu
Bila dah darjah 4 mula keluar cd player, mcm2 cd ayah aku beli. Paling bnyk cd hindustan mak aku la sampai kepala aku 24jam hafal lagu hindustan. 1 hari aku paksa ayah aku belikan cd The Lion King. Mula2 xnak beli tapi last2 beli jugak. Aku pun psang la cd tu, ayah aku acah2 xnak tengok tapi last2 ayah aku duk sblah aku sambil bergenang2 air mata. Part paling sedih bila ayah simba mati kena bunuh dgn pakcik sendiri. Mmg ayh aku pn sedih masa tu. Aku jgn ckap la mmg dah nangis2 sampai keluar hingus.
Sejak pada tu ayah aku mula positif dgn kartun n anime. Banyak cd kartun ayah aku beli paling banyak doraemon the movie. Di samping tgk kartun n pengajaran aku juga secara x langsung dpt belajar English. Masa darjah 3 aku gagal english. Marah betul ayah aku, naik darjah 4 dia suruh aku tgk movie atau baca kat mana2 buku catat dan terjemahkan 5 perkataan sehari. Aku pun mula mencatat 5 perkataan sehari, benda ni senang bagi aku sebab buat sesuatu yg aku minat.
Selepas dari tu english aku mmg betul2 meningkat. Dari gagal naik A, UPSR English A, PMR A, SPM A dan aku ada ijazah TESL. Semuanya bermula dengan tak sengaja dan minat aku pada kartun dan anime.
Bukan setakat tu je impak anime ni kat aku, dari segi hati dan perasaan nak menjaga org lain serta berfikiran sentiasa positif. Dari mana aku belajar semua ni? aku bagi satu contoh kalau bagi semua mmg boleh jadi novel la ni hihi contohnya Naruto, seorang anak yatim piatu yg nak buktikan dia boleh berjaya. Semua org hina dan kutuk dia tetapi dia tetap positif dan tak berputus asa. Naruto tetap layan semua org sama, dia tak judge org lain n tak menjatuhkan hukum sendiri. Bila org buat jahat dia akan balas dengan kebaikan. Tak kira berjuta kali dia disakiti tapi dia tetap tak akan balas keburukan pada org yg menyakiti dia. Sebab aura positif dialah semua musuh jadi kawan dan semua kawan jadi lebih rapat. Itulah pengajaran yg aku dpt dan aku apply dlm kehidupan harian. Aku xnak pentingkan diri, bila nmpk kesalahan aku x kan hukum aku doakan yg terbaik, aku xkan maki sebab makian tu amat menyakitkan. Aku rasa n lalui semua tu sbb ayah aku ni mulut lepas jadi aku xnak org lain rasa sakit mcm yg aku rasa. Walaupun ayh aku mcm tu aku tetap syg ayah aku ketat2, sebab dia lah aku jadi manusia.
Banyak lagi pengajaran dlm anime ni bnyk juga yg negatif. Yg negatif ni korang buanglah jgn ambil, ambil yg positif je. Bagi aku pentingnya pengajaran dlm anime utk membentuk perasaan care for others. Sebabnya bila kita ada perasaan menjaga hati org lain xkan ada kes buli, xkan ada kes suami pukul isteri, dera anak n macam2 lagi. Kalau kita tgk dari sudut agama Nabi Muhammad SAW pun ajar benda yang sama. Pada awal penyebaran islam Bilal diseksa, keluarga sumayyah di bunuh dan Nabi Sendiri hari2 di baling batu, najis, muntah, darah dan mcm2 kafir ni hina Nabi. Tapi ada Nabi Balas? Mana ada balas. Tak de pun Nabi kecam, xde pun Nabi Cop Ahli neraka kat org2 yg menyakiti Nabi, malah Malam2 Baginda bangun tahjud n doa diberikan hidayah dan keampunan kepada mereka semua ni.
Hasil dari akhlak Rasulullah nilah yg dah sebarkan islam hingga hari ni. Sebab tulah hati, perkataan ,perbuatan ni penting untuk kita jaga. Bukan main lepas je ikut suka hati. Kita kena jadi pelindung utk org lain sebab tu Rasulullah kahwin ramai sebab nak lindungi wanita dari fitnah dan teraniaya. Sifat pelindung ni dah semakin pupus. Saya akui mmg susah nk pupuk sifat ni kena pijak nafsu, pijak ego dan kena merendah diri. Jangan rasa diri hebat, jgn suka2 hina org nanti Allah Akn uji dgn apa yg kita ucapkan. Sentiasa ingat bagaimana aku ingin di layan jika aku ditempatnya? Nak ke kita dilayan dengan kasar? mesti tak nakkn? jadi jgnlah maki atau berkasar dgn org lain. Senyum n doa. Senyumlah Walaupun senyuman tu sangat pahit. Kekalkan diri dlm aura positif, Insyaallah semua musuh akan jadi kawan n kawan2 akan menjadi lebih akrab.
Panjang pulak aku ceramah hihi jadi itulah yg aku belajar dari kisah islamik dan belajar juga dari anime n kartun. Ayah aku pesan bila kita berjalan, bukalah mata. Bila melihat bukalah hati. Bila hati terbuka belajarlah utk memahami. Kesimpulan dia walau ap pon cerita atau movie yg korang tengok atau baca ambil pengajaran bukan sekadar gelak tawa dan menangis, dah dapat pengajaran cuba apply dlm kehidupan harian kita.
Hinatachan
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEMYJZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Kesan Anime Dalam Diri Aku
Anda sekarang membaca artikel Kesan Anime Dalam Diri Aku dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/kesan-anime-dalam-diri-aku.html