Kerusi Pujut: K'jaan Sarawak akan merayu di Mahkamah Persekutuan - KM

Kerusi Pujut: K'jaan Sarawak akan merayu di Mahkamah Persekutuan - KM - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerusi Pujut: K'jaan Sarawak akan merayu di Mahkamah Persekutuan - KM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerusi Pujut: K'jaan Sarawak akan merayu di Mahkamah Persekutuan - KM
link : Kerusi Pujut: K'jaan Sarawak akan merayu di Mahkamah Persekutuan - KM

Baca juga


Kerusi Pujut: K'jaan Sarawak akan merayu di Mahkamah Persekutuan - KM

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak berkata Barisan Nasional (BN) negeri akan merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengisytiharkan sebagai batal dan tidak sah perlucutan kelayakan Dr Ting Dr Tiong Choon sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun) Pujut oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Tinggi tetapi akan merayu di Mahkamah Persekutuan.

"Kami akan umumkan keputusan (merayu). Mahkamah (hakim Mahkamah Tinggi) lebih memfokus kepada perkara undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 400 penerima pada Program Ihsan Ramadan Satok di sini hari ini.

Abang Johari bagaimanapun berkata beliau tidak tahu bila rayuan akan difailkan kerana ia perlu dibincangkan dengan Peguam Negeri terlebih dahulu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun semalam memutuskan sebagai tidak sah keputusan DUN itu melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai Adun Pujut pada 12 Mei, atas alasan beliau mempunyai dua kerakyatan (Malaysia dan Australia).

Mahkamah mengembalikan kedudukan Dr Ting sebagai Adun Pujut, dan pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

Hakim juga mengarahkan speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, selaku defendan pertama dan kedua membayar RM100,000 kepada plaintif (Dr Ting) sebagai kos mahkamah.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari berkata kerajaan Negeri sedang berunding dengan AirAsia untuk membina terminal tambang murah dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Ketua Menteri berkata beliau tidak tahu kos dan bila projek itu akan dilaksanakan kerana ia masih di peringkat rundingan.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfinq9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kerusi Pujut: K'jaan Sarawak akan merayu di Mahkamah Persekutuan - KM

Sekianlah artikel Kerusi Pujut: K'jaan Sarawak akan merayu di Mahkamah Persekutuan - KM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerusi Pujut: K'jaan Sarawak akan merayu di Mahkamah Persekutuan - KM dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/kerusi-pujut-kjaan-sarawak-akan-merayu.html

Subscribe to receive free email updates: