Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis

Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis
link : Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis

Baca juga


Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis

GEORGE TOWN: Kertas siasatan kes buli remaja lelaki, T.Nhaveen, yang cedera parah dipukul sekumpulan lelaki sebelum meninggal dunia, diserahkan semula kepada pihak polis untuk dilengkapkan bagi tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar ketika dihubungi berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya (TPR) pada Jumaat.

Bagaimanapun ia dikembalikan semula berikutan TPR mahu polis melengkapkan beberapa perkara termasuk mendapatkan keterangan lanjut dari doktor yang merawat mangsa itu.

Anuar berkata, pihaknya akan menyerahkan semula kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwaraya Isnin ini untuk tindakan selanjutnya bagi mendakwa lima remaja lelaki yang telah ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Polis sebelum ini mengklasifikasi kes itu mengikut Seksyen 148 kanun keseksaan iaitu merusuh, namun menukar siasatan kepada kes bunuh susulan kematian mangsa.

Seramai 15 saksi telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sementara itu, Anuar berkata, polis masih lagi menunggu keputusan mahkamah sama ada membenarkan tahanan reman tiga lagi suspek yang tempohnya berakhir hari ini, dilanjutkan atau sebaliknya.

Pada Jumaat, tempoh reman dua dari lima suspek kes berkenaan disambung sehingga 19 Jun.

Dalam kejadian jam 2.10 pagi Sabtu minggu lalu, lima remaja berusia antara 16 dan 18 tahun bertindak  memukul Nhaveen dan rakan baiknya T. Previin menggunakan topi keledar.

Nhaveen, 18, yang mengalami kecederaan parah dilapor turut mengalami kesan koyak pada duburnya akibat ditusuk objek tumpul serta kesan terbakar di bahunya.

Manakala Previin, 19, yang turut cedera di bahagian muka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).  

Laporan bedah siasat ke atas mayat Nhaveen, yang dilakukan di Jabatan Forensik HPP semalam mendapati, remaja berkenaan meninggal dunia disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat dipukul dengan benda tumpul.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sl13yn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis

Sekianlah artikel Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/kertas-siasatan-kes-nhaveen-diserahkan_17.html

Subscribe to receive free email updates: