Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserahkan Semula Kepada Polis

Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserahkan Semula Kepada Polis - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserahkan Semula Kepada Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserahkan Semula Kepada Polis
link : Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserahkan Semula Kepada Polis

Baca juga


Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserahkan Semula Kepada Polis

GEORGE TOWN – Timbalan pendakwa raya telah menyerahkan semula kertas siasatan berhubung kes buli mendiang T. Nhaveen kepada polis bagi melengkapkan beberapa maklumat berhubung siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata timbalan pendakwa raya mahu polis mendapatkan beberapa keterangan daripada doktor yang merawat remaja lelaki berusia 18 tahun itu.

“Polis telah serahkan kertas siasatan itu semalam bagaimanapun timbalan pendakwa raya memulangkan semula (semalam). Kami akan merekodkan keterangan doktor itu hari ini atau esok dan lengkapkan semula kertas siasatan sebelum menyerahkan kepada timbalan pendakwa raya pada Isnin,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata lima remaja lelaki yang sebelum ini ditahan disyaki terlibat dalam kes itu dijangka didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh Nhaveen pada Isnin atau Selasa depan.

Anuar berkata mereka yang berusia 16 hingga 18 tahun termasuk dua pelajar tingkatan empat dan lima itu masih direman untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian 2.10 pagi Sabtu lepas, lima remaja dilapor memukul Nhaveen dan rakan baiknya T. Previin menggunakan topi keledar.

Previin, 19, yang turut cedera dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagaimanapun dapat melarikan diri ketika mereka dikatakan cuba diheret ke padang berdekatan.

Nhaveen yang mengalami kecederaan parah dilapor turut mengalami kesan koyak pada duburnya akibat ditusuk objek tumpul serta kesan terbakar di bahunya.

Remaja itu yang koma sejak kejadian berkenaan meninggal dunia di HPP petang Khamis dan hasil bedah siasat mendapati Nhaveen yang bercita-cita menjadi ahli muzik itu mati akibat kecederaan di bahagian kepala disebabkan dipukul dengan benda tumpul.

Siasatan polis juga mendapati lima remaja yang disyaki terbabit dalam kejadian itu tinggal di kawasan yang sama dan memang suka membuli serta memeras ugut rakan-rakan mereka.

Mereka juga dilapor terlibat dalam kes membabitkan seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam berusia 19 tahun yang cedera dipukul di Jelutong pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rq2YAp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserahkan Semula Kepada Polis

Sekianlah artikel Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserahkan Semula Kepada Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserahkan Semula Kepada Polis dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/kertas-siasatan-kes-nhaveen-diserahkan.html

Subscribe to receive free email updates: