Judul : Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM4 Bilion Bina Jambatan Di Pesisir Sarawak
link : Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM4 Bilion Bina Jambatan Di Pesisir Sarawak
Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM4 Bilion Bina Jambatan Di Pesisir Sarawak
Sarikei : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM4 bilion bagi membina jambatan-jambatan yang akan menghubungkan jalan raya di kawasan pesisir Sarawak dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf berkata, antara jambatan tersebut ialah Jambatan Batang Sadong (sudah pun siap), Jambatan Batang Samarahan (hampir siap), Jambatan Rambongan (akan diluluskan) serta Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Batang Igan (dalam proses reka bentuk).
Selain itu, terdapat enam hingga tujuh lagi jambatan kritikal untuk menghubungkan semua jalan-jalan pesisir di Sarawak, katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, pelaksanaan projek-projek terbabit akan dibuat mengikut keutamaan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Di samping membina Lebuh Raya Pan Borneo, Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan pesisir supaya dapat dihubungi rangkaian jalan raya seterusnya meningkatkan sosio ekonomi rakyat," katanya.
Beliau berucap pada majlis penyerahan tapak projek naiktaraf Jalan Kampung Seberang, Sarikei yang menelan kos RM48.36 juta kepada pihak kontraktor D.A.L Realty Sdn Bhd.
Turut hadir Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datuk Len Talif Salleh dan Anggota Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Tun Abdul Rahman.
Beliau berkata Sarawak katanya mengemukakan kepada kementerian beliau untuk membina 19 lagi jambatan di negeri itu yang dijangka menelan belanja RM5 bilion.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rczgP9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM4 Bilion Bina Jambatan Di Pesisir Sarawak
Sekianlah artikel Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM4 Bilion Bina Jambatan Di Pesisir Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM4 Bilion Bina Jambatan Di Pesisir Sarawak dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/kerajaan-persekutuan-peruntuk-rm4.html