Judul : Kementerian Pendidikan, Jakim akan tubuh jawatankuasa kerja perkemas Kafa
link : Kementerian Pendidikan, Jakim akan tubuh jawatankuasa kerja perkemas Kafa
Kementerian Pendidikan, Jakim akan tubuh jawatankuasa kerja perkemas Kafa
PADANG TERAP - Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menubuhkan satu jawatankuasa kerja dalam usaha memperkemaskan program Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di sekolah.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, usaha itu akan digerakkan oleh Jakim melalui Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) dalam masa terdekat.
Katanya, hasrat itu juga diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika Warshah Islah Pendidikan Islam Lepai, 15 Jun lepas.
“Satu jawatankuasa kerja akan dibentuk antara Jakim dan Kementerian Pendidikan selepas itu kita akan bincang tentang kaedah memperkemaskan program Kafa kepada satu sistem.
“Lepai di bawah Majlis Raja-raja Melayu apabila siap akan persembahkan kepada Raja-raja Melayu. Kita nak perkemaskan Kafa di sekolah,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 565 individu terdiri daripada imam, guru Kafa, pegawai masjid dan guru agama. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sllcEr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Kementerian Pendidikan, Jakim akan tubuh jawatankuasa kerja perkemas Kafa
Sekianlah artikel Kementerian Pendidikan, Jakim akan tubuh jawatankuasa kerja perkemas Kafa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kementerian Pendidikan, Jakim akan tubuh jawatankuasa kerja perkemas Kafa dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/kementerian-pendidikan-jakim-akan-tubuh.html