Kecoh Ketam Raja RM9,636

Kecoh Ketam Raja RM9,636 - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecoh Ketam Raja RM9,636, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecoh Ketam Raja RM9,636
link : Kecoh Ketam Raja RM9,636

Baca juga


Kecoh Ketam Raja RM9,636



GEORGE TOWN: Sajian makanan laut untuk makan malam pastinya menelan belanja besar tetapi hidangan ketam raja Alaska pada harga RM9,636 dilihat terlalu tinggi sehingga ia tular di media sosial.

Sekeping gambar menunjukkan resit sebuah restoran berjumlah RM11,578.40, termasuk harga ketam yang mahal, dikongsi beribu kali menerusi aplikasi mesej telefon dan platform lain.

Malah timbul perdebatan secara dalam talian mengenai isu kekayaan luar biasa, inflasi dan nilai ringgit sehingga politik.

Tetapi pertikaian sejak Sabtu lalu berhubung kesilapan seorang juruwang.

Ketam seberat 2.2 kilogram itu sebenarnya berharga RM963.

Bagaimanapun, juruwang berkenaan tidak sengaja termasukkan harga sebagai RM9,636 ketika waktu puncak.

Kesilapan itu dikesan dengan segera dan resit yang baharu dikeluarkan, tetapi bukan sebelum resit yang tidak sah di atas kesilapan itu diberikan kepada pelanggan, yang terlebih dahulu mengambil gambar resit tersebut dan dikongsikan di Facebook.

Tanpa disertakan kisah sebenar, ia terus tular di media sosial.

Jumlah resit yang betul adalah RM1,465.70.

Restoran berkenaan, Crab & Lobster di Straits Quay, mengirimkan beberapa gambar resit yang tersilap dan resit yang betul kepada The Star pada Isnin bagi menjelaskan mengenai perkara yang berbangkit.

"Seperti yang anda lihat pada waktu cetakan pada resit, kesilapan segera diperbetulkan.

"Kami berharap orang ramai henti menyebarkan maklumat yang mengelirukan," kata seoarang kakitangan pengurusan restoran itu yang enggan dikenali. - mStar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rpxsBz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kecoh Ketam Raja RM9,636

Sekianlah artikel Kecoh Ketam Raja RM9,636 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecoh Ketam Raja RM9,636 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/kecoh-ketam-raja-rm9636.html

Subscribe to receive free email updates: