Keamanan negara hasil pengorbanan pasukan keselamatan - PM Najib

Keamanan negara hasil pengorbanan pasukan keselamatan - PM Najib - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keamanan negara hasil pengorbanan pasukan keselamatan - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keamanan negara hasil pengorbanan pasukan keselamatan - PM Najib
link : Keamanan negara hasil pengorbanan pasukan keselamatan - PM Najib

Baca juga


Keamanan negara hasil pengorbanan pasukan keselamatan - PM Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keamanan negara tidak mungkin mampu dicapai tanpa adanya langkah pencegahan awal dan pengorbanan pasukan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata jasa mereka membolehkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan harian tanpa perasaan bimbang san ia terbukti apabila negara tersenarai dalam kedudukan ke-30 daripada 163 negara paling aman berdasarkan Indeks Keamanan Dunia.

"Bila kita tengok dalam televisyen, Manchester, Kabul, Jakarta, Marawi (Minandao). Alhamdulillah tak ada Kuala Lumpur atau bandar-bandar lain disebut.

"Saya gerun setiap kali tengok televisyen, takut berlakunya sesuatu tapi tak berlaku kerana...ia (keamanan) tidak berlaku secara kebetulan...tak berlaku kerana apa? Kerana pengorbanan pasukan keselamatan kita, kerana langkah-langkah yang diambil terlebih dahulu...kita berani buat," katanya ketika berucap pada Majlis Jalinan Ramadan 2017 bersama Pasukan Beruniform anjuran Pergerakan Wanita UMNO di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Pada majlis berkenaan sebanyak 11,250 pek sumbangan Aidilfitri mengandungi pakaian dan kuih raya diserahkan kepada wakil daripada 13 badan beruniform.

Najib, yang juga Presiden UMNO, melahirkan penghargaan terhadap anggota pasukan keselamatan yang menurutnya rela berkorban dan bertugas walaupun pada hari perayaan.

"Alhamdulillah di Malaysia ini, bila kita sebut nikmat Ramadan, kemanisan Ramadan, tak mungkin kita dapat merasai tanpa wujudnya keamanan dan keselamatan di dalam negara kita ini.

"Inilah kalau dikatakan nilai dan tak mungkin dapat kita bayar pengorbanan tuan puan dengan bungkusan yang kita berikan hari ini. Ia tidak setanding dengan pengorbanan angkatan tentera kita ..tiada ternilai tetapi kita bagi dengan hati yang ikhlas," katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa lakukan yang terbaik mengikut kemampuan negara untuk menjaga kebajikan pasukan keselamatan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tcvlm3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Keamanan negara hasil pengorbanan pasukan keselamatan - PM Najib

Sekianlah artikel Keamanan negara hasil pengorbanan pasukan keselamatan - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keamanan negara hasil pengorbanan pasukan keselamatan - PM Najib dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/keamanan-negara-hasil-pengorbanan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :