Keadaan ekonomi mampan bolehkan syarikat korporat keluar lebih banyak zakat - Najib

Keadaan ekonomi mampan bolehkan syarikat korporat keluar lebih banyak zakat - Najib - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keadaan ekonomi mampan bolehkan syarikat korporat keluar lebih banyak zakat - Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keadaan ekonomi mampan bolehkan syarikat korporat keluar lebih banyak zakat - Najib
link : Keadaan ekonomi mampan bolehkan syarikat korporat keluar lebih banyak zakat - Najib

Baca juga


Keadaan ekonomi mampan bolehkan syarikat korporat keluar lebih banyak zakat - Najib

PEKAN: Perkembangan ekonomi negara yang baik dan mampan membolehkan syarikat dan badan korporat di negara ini memperoleh lebih keuntungan, sekali gus mampu mengeluarkan lebih banyak zakat untuk dikongsikan dengan golongan memerlukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dasar kerajaan membolehkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, meskipun dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang antaranya disebabkan kejatuhan harga minyak.

"Hasil dasar kerajaan, kita masih dapat kembangkan ekonomi dengan baik dalam suku pertama tahun ini walaupun dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Ini salah satu kejayaan kita walaupun ramai yang tidak dapat menilai.

"Bila kita berjaya, syarikat dan badan korporat mendapat keuntungan yang besar dan mereka dapat mengeluarkan zakat yang lebih besar dan berkongsi rezeki," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan zakat berjumlah RM2.6 juta daripada 11 syarikat korporat yang kemudian disampaikan kepada 6,347 golongan asnaf terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal di kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.

Hadir sama isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang turut membantu mengagihkan zakat kepada penerima dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Antara penyumbang zakat yang hadir ialah Pengerusi Bank Rakyat Jen (B) Tan Sri Shukry Mohd Salleh, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Seri Saipolbahari Suib dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd SM Nasaruddin SM Nasimuddin.

Turut hadir Pengarah Urusan Roadcare (M) Sdn Bhd Datuk Seri Muzaffar Syah Abd Rahman serta Pengerusi Uda Holdings Berhad Datuk Dr Shafie Abdullah.

Kesemua zakat berkenaan diterima daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad sebanyak RM500,000;  Nafas (RM500,000); Safura Holdings (RM500,000); Naza Holding Berhad (RM280,000); Roadcare (M) Sdn Bhd (RM250,000); Uda Holdings Berhad (RM200,00) dan Lembaga Tabung Haji (RM100,000).

Zakat turut disumbangkan oleh SME Bank (RM100,000); Wekajaya Sdn Bhd (RM100,000); Affin Islamic Bank Berhad (RM50,000); Yayasan Basmi Kemiskinan (RM50,000) selain Najib sendiri turut menyampaikan sejumlah sumbangan peribadi.

Najib turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang zakat yang terlibat kerana memilih untuk menyalurkan bantuan itu kepada golongan asnaf di Pekan yang diharap dapat meringankan bebanan golongan itu membuat persiapan Aidilfitri.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2txYnwy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Keadaan ekonomi mampan bolehkan syarikat korporat keluar lebih banyak zakat - Najib

Sekianlah artikel Keadaan ekonomi mampan bolehkan syarikat korporat keluar lebih banyak zakat - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keadaan ekonomi mampan bolehkan syarikat korporat keluar lebih banyak zakat - Najib dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/keadaan-ekonomi-mampan-bolehkan.html

Subscribe to receive free email updates: