Jual 90 Tan Minyak Masak Dalam Tiga Minggu

Jual 90 Tan Minyak Masak Dalam Tiga Minggu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jual 90 Tan Minyak Masak Dalam Tiga Minggu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jual 90 Tan Minyak Masak Dalam Tiga Minggu
link : Jual 90 Tan Minyak Masak Dalam Tiga Minggu

Baca juga


Jual 90 Tan Minyak Masak Dalam Tiga Minggu


TUMPAT: Sebanyak 90 tan metrik minyak masak sudah dijual sejak siri jelajah oleh pembekal dan pemborong dilancarkan pada 15 Mei lalu.

Program yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan itu sudah merangkumi 10 daerah di negeri ini dan akan menyambung jelajahnya bagi mencapai sasaran yang dibekalkan iaitu 140 tan metrik.

Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Abdul Ghani Harun, berkata hari ini memasuki fasa kedua penjualan minyak masak terus dari kilang dan ia dimulakan di tapak bazar Ramadan Wakaf Bharu, Tumpat.

"Sebanyak 5,000 metrik tan disediakan untuk pembeli dan pengunjung bazar Ramadan hari ini dengan harga serendah RM10 untuk empat kilogram (kg).

"Inovasi yang dicetuskan oleh Friends of KPDNKK ini adalah untuk menyerahkan terus minyak masak kepada pengguna dan mengelakkan ia jatuh ke tangan penyeludup.

"Kami menerima maklum balas yang cukup positif dari pengguna sepanjang jelajah ini," katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

Turut hadir dalam majlis jualan adalah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz. Seorang peniaga murtabak, Mariani Ismail, 33, tidak melepaskan peluang membeli 4kg minyak masak untuk digunakan bagi perniagaannya.

Beliau yang menyifatkan harga jualan RM2.50 bagi sekilo minyak masak agak murah berbanding kedai runcit dan pemborong. "Jika di kedai runcit, harga yang dijual adalah RM3 manakala RM2.80 di kedai pemborong.

Apabila dijual pada harga yang agak murah di sini (bazar Ramadan), sudah pasti ramai yang datang membeli kerana menguntungkan walaupun dibenarkan hanya 4kg bagi setiap pembeli," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rlwcj6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Jual 90 Tan Minyak Masak Dalam Tiga Minggu

Sekianlah artikel Jual 90 Tan Minyak Masak Dalam Tiga Minggu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jual 90 Tan Minyak Masak Dalam Tiga Minggu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/jual-90-tan-minyak-masak-dalam-tiga.html

Subscribe to receive free email updates: