Judul : Isu Pengendali Kren Minta Bayaran Sebelum Bantu Bomba Baru Pertama Kali Terjadi - Bomba
link : Isu Pengendali Kren Minta Bayaran Sebelum Bantu Bomba Baru Pertama Kali Terjadi - Bomba
Isu Pengendali Kren Minta Bayaran Sebelum Bantu Bomba Baru Pertama Kali Terjadi - Bomba
Shah Alam, 13 Jun - Isu pengendali kren menuntut bayaran sebelum membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu operasi menyelamat tidak pernah berlaku kerana ia sering dilakukan secara sukarela.
Utusan Online melaporkan, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kebanyakan pengendali kren yang diminta membantu dalam operasi menyelamat menganggap pertolongan yang mereka berikan itu sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.
"Ini kali pertama kita menghadapi situasi di mana operator kren meminta bayaran terlebih dahulu sebelum melakukan kerja.
"Namun, kalau perlu bayaran biasanya akan diuruskan selepas operasi itu kerana ini kejadian kecemasan dan kita tidak sempat untuk keluarkan surat tawaran (LO) serta memang prosedur operasi standard (SOP) begitu," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.
Dalam tragedi kemalangan yang mengorbankan nyawa lapan nyawa di Bahau-Keratong pada Ahad lalu, operasi mengeluarkan enam mangsa yang rentung terpaksa mengambil masa lima jam.
Difahamkan, selain pemilik treler dari Kemayan yang enggan bekerjasama, beberapa pengendali kren juga keberatan memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.
Keadaan itu menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora, termasuk cuba menggunakan khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan.
Wan Mohd. Nor dalam pada itu mengakui ramai anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat tidak mengetahui tentang perkara itu.
"Bahagian operasi tidak mengetahui perkara ini sebab ia dikendalikan oleh bahagian kewangan," ujarnya.
Sumber: Utusan Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxaKfN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Isu Pengendali Kren Minta Bayaran Sebelum Bantu Bomba Baru Pertama Kali Terjadi - Bomba
Anda sekarang membaca artikel Isu Pengendali Kren Minta Bayaran Sebelum Bantu Bomba Baru Pertama Kali Terjadi - Bomba dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/isu-pengendali-kren-minta-bayaran.html