Judul : INILAH KISAH SITI HASMAH JD PENYATU JODOH ANWAR DAN AZIZAH YG RAMAI TAK TAHU
link : INILAH KISAH SITI HASMAH JD PENYATU JODOH ANWAR DAN AZIZAH YG RAMAI TAK TAHU
INILAH KISAH SITI HASMAH JD PENYATU JODOH ANWAR DAN AZIZAH YG RAMAI TAK TAHU
Loading...
Inilah Kisah Siti Hasmah Jd Penyatu Jodoh Anwar Dan Azizah Yg Ramai TAK TAHU !!! | Siapa sangka, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan kakaknya adalah orang tengah yang menemukan jodoh antara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Loading...
TIPS KESIHATAN
Mengimbas kisah tersebut dalam satu temuramah eksklusif bersama Majalah Keluarga Edisi Khas Hari Ibu, baru-baru ini, Tun Dr. Siti Hasmah mendedahkan, Datuk Seri Anwar adalah sahabat allahyarham kakaknya Datuk Paduka Saleha Mohd Ali.
Cerita Tun Dr. Siti Hasmah ketika suami kakaknya sakit dan menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Seri Anwar selalu datang melawat.
Kebetulan, Azizah pula doktor di HKL dan kerap menjaga kakak serta merawat suaminya.
Di situlah Anwar telah lihat Azizah dan berkenan dengannya,katanya.
Bermula dari situ juga, kakaknya berperanan. Anwar dan Azizah diperkenalkan antara satu sama lain dan hubungan mereka diperkukuh selepas Datuk Paduka Saleha dan sahabat rapatnya Osman Awang mewakili Anwar masuk meminang Azizah.
Hasil pertemuan di HKL ini membawa Anwar dan Azizah diijabkabulkan, ceritanya.
Sahabat baik
Walaupun berbeza latar belakang politik, ramai tidak tahu dua figura ini mempunyai sejarah persahabatan yang istimewa.
Kedua-duanya bersahabat baik, malah Tun Dr Siti Hasmah sudah menganggap Datuk Seri Dr. Wan Azizah seperti adiknya sendiri.
Segalanya bermula sewaktu Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyertai BAKTI manakala Tun Hasmah pula Yang Dipertua pada waktu itu.
Kami selalu bermain badminton bersama, waktu itu cukup seronok. Tapi sudah lama tidak bertemu begini.
Setakat bersua muka seketika di sesi parlimen tapi tak dapat jumpa macam ni. Syukur alhamdulillah dapat jumpa lagi adik ini.
Kali terakhir kami jumpa waktu saya pergi ke rumah Azizah, ujarnya mengimbas pertemuan antara keduanya yang mana foto pertemuan itu menjadi viral di media sosial.
Kisah lanjut tentang Tun Dr. Siti Hasmah dan Datuk Seri Dr Wan Azizah boleh dibaca dalam majalah Keluarga.
Sumber: Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2saJDEJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel INILAH KISAH SITI HASMAH JD PENYATU JODOH ANWAR DAN AZIZAH YG RAMAI TAK TAHU
Anda sekarang membaca artikel INILAH KISAH SITI HASMAH JD PENYATU JODOH ANWAR DAN AZIZAH YG RAMAI TAK TAHU dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/inilah-kisah-siti-hasmah-jd-penyatu.html