‘I AM A JANTAN, OK?’

‘I AM A JANTAN, OK?’ - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘I AM A JANTAN, OK?’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘I AM A JANTAN, OK?’
link : ‘I AM A JANTAN, OK?’

Baca juga


‘I AM A JANTAN, OK?’

Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau tidak peduli apa yang dikatakan pemimpin BN Sarawak terhadapnya, malah enggan mempedulikan ketua pergerakan itu sendiri.

“Saya tak kisah apa Pemuda BN Sarawak kata, saya tak peduli apa Datuk Seri Fadillah Yusof kata dan saya tak peduli pasal dia,” katanya kepada Malaysiakiniketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, menteri Sarawak terlebih dulu menghina beliau dengan meminta kerajaan pusat menghormati Perjanjian Malaysia 1963 apabila mahu melaksanakan cukai pelancongan mulai Ogos ini.

Katanya, isu yang berlaku sekarang adalah antara beliau dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah.

Justeru, katanya, Fadillah tidak wajar diheret dalam isu berkenaan.

“Dia (Abdul Karim) menghina saya, jadi saya ada hak menghina dia balik,” katanya.

Pagi tadi Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Nazri tidak wajar mengeluarkan kenyataan kasar terhadap Abdul Karim kerana ia tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

Fadillah yang juga ketua pemuda BN Sarawak berkata tindakan melabelkan menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak adalah penghinaan terhadap seseorang yang diberi kepercayaan untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

Nazri juga menjelaskan maksud “setahun jagung” kepada Fadillah yang dilabelkannya kepada Abdul Karim semalam.

“Mengikut perkataan Melayu, setahun jagung maknanya tiga bulan. Dan saya bercakap benda yang betul bahawa dia setahun jagung sebab dilantik menjadi menteri kurang dari tiga bulan.

Jangan bawa satu negeri

Abdul Karim ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Asajaya sejak 2011 sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan menteri. Beliau dilantik menjadi menteri penuh Sarawak pada 7 Mei lalu ekoran rombakan kabinet negeri.

Beliau meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan dan berpendapat ia dilakukan tanpa berunding dengan kerajaan negeri.

Bagaimanapun kata Nazri, kerajaan sudah melalui proses rundingan berhubung isu berkenaan malah dibahas di parlimen.

“Kalau Abdul Karim kata Sarawak tidak dibawa berunding, jadi apa Fadillah buat dalam kabinet? Beliau kena tahu fakta lebih baik sebab kawan dia (Abdul Karim) anggap dia tak buat kerja.

“Ada 25 orang anggota parlimen dari Sarawak di Dewan Rakyat,” katanya.

Anggota Parlimen Padang Rengas itu juga menegaskan bukan hanya orang Sarawak yang boleh menjadi sensitif, sebaliknya perasaan itu turut dialami orang semenanjung.

“Mengapa beliau tak tanya saja saya? Dia bukan menteri DAP,” katanya lagi.

Mengulas lanjut anggota Majlis Tertinggi Umno itu mempertikaikan mengapa Abdul Karim itu perlu membabitkan Sarawak dalam pertikaian mereka.

“Ini antara saya dengan dia, mengapa nak bawa satu negeri terbabit sama? I am a jantan (man), OK?

“Biar dia jawab. Jadilah lelaki dan jawab. Saya mahu Abdul Karim jawab saya.

“Jangan jadi pengecut dan libatkan orang lain. Jawab sendiri,” katanya.

Sarawak hari ini mengumumkan menarik diri daripada menyertai Lembaga Pelancongan Malaysia dan keputusan itu berkuat kuasa serta-merta.
Walaupun menyatakan langkah itu dibuat bagi mengelak pertindihan tugas Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, ia ditafsir sebagai reaksi kerajaan negeri terhadap kenyataan Nazri.

Bagaimanapun Nazri sebaliknya menghargai tindakan itu dan menganggapnya selaras dengan keputusan beliau menutup agensi berkenaan sejak awal tahun ini.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2svr4gZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel ‘I AM A JANTAN, OK?’

Sekianlah artikel ‘I AM A JANTAN, OK?’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘I AM A JANTAN, OK?’ dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/i-am-jantan-ok.html

Subscribe to receive free email updates: