“Hinanya kami ibu bapa dia, sampai dia sekeluarga sanggup tidur di hotel dari tidur di rumah kami”

“Hinanya kami ibu bapa dia, sampai dia sekeluarga sanggup tidur di hotel dari tidur di rumah kami” - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Hinanya kami ibu bapa dia, sampai dia sekeluarga sanggup tidur di hotel dari tidur di rumah kami”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Hinanya kami ibu bapa dia, sampai dia sekeluarga sanggup tidur di hotel dari tidur di rumah kami”
link : “Hinanya kami ibu bapa dia, sampai dia sekeluarga sanggup tidur di hotel dari tidur di rumah kami”

Baca juga


“Hinanya kami ibu bapa dia, sampai dia sekeluarga sanggup tidur di hotel dari tidur di rumah kami”

Seorang wanita tua yang berjemaah solat bersama saya, berbual selepas solat ketika saya berada di motosikal, untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya yang baru berlalu dan hal anak tunggalnya. Air mukanya terus berubah.

“Dia sampai kampung pagi raya, dengan anak dan isterinya. Katanya bila cuti, jalan tak jem. Tak apalah, asalkan dia balik.

“Petang raya, dia kata nak pergi ke rumah mentua di Kampung Tongplu, Pedu, dan tidur di sana. Saya tak kata apa. Tetapi semasa mereka nak naik kereta, cucu saya bertanya pada ibunya, ‘kita nak tidur di hotel semalam ke?’.

“Ibu dan bapa dia diam sahaja. Tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliakkan mata pada anaknya,” katanya lalu tunduk dan mula mengesat air matanya dengan hujung telekong yang masih dipakai.

Saya faham, anak dia sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru pulang ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.

“Hinanya kami ibu bapa dia. Bapa yang membesarkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dalam kelambu, takut digigit nyamuk.”

“Hinanya ibu dia yang dia gonggong susunya sehingga bertahun, disuap nasi sehingga membesar. Hinakah kami yang beri dia sekolah dengan hasil titik peluh kami?

“Saya tahu mereka jijik melihat dapur saya, jijik dengan bilik air dan jambannya, jijik dengan bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tetapi mereka tidak sedar yang mereka membesar dengan keadaan itu. Hari ini mereka pandang jijik. Itu sebab mereka tidak mahu tidur di rumah ibu bapa sendiri, sebaliknya tidur di hotel.

“Bukannya tak ada tempat di rumah itu, kerana dia anak tunggal. Tergamaknya dia,” kesedihannya semakin berlarutan.

Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja yang boleh melukakan hati ibu bapamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja yang boleh mengguris hati ibu bapamu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka.

Jika biasa dengan kemewahan di rumah sendiri, jangan mengharap yang sama di rumah ibu bapa. Kita dibesarkan dengan kepayahan ibu bapa, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa di rumah ibu bapa, kenapa kita masih membiarkan mereka hidup dalam keadaan tidak selesa itu? Kenapa tidak diupgrade rumah ibu bapa seperti rumah kita?

Ingat, kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ibu bapa yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga untuk mencipta kejayaan kita.

Tetapi malangnya kita kaut kesemua hasilnya dan meninggalkan ibu bapa dengan hidup di rumah orang tuanya.

Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu bapa kita, sepatutnya dibeban kepada diri kita. Bukannya melarikan diri dari keadaan itu.

Dalam kes ini, tidur di hotel kerana tidak sanggup tidur di rumah bapa yang penuh geli geleman pada kita. Jika anak-anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari nanti mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yang orang lain lalui, apa lagi keturunannya yang mana suatu hari nanti mereka akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.

Betapa ibu bapa mengharapkan anak yang pulang sesekali menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur dan sebagainya. Jika terasa payah pun, biarlah demi menjaga hati ibu bapa. Janganlah merungut itu ini tidak sempurna.

Mungkin ibu bapa teringin nak naik kereta baru kita, jadi bawalah mereka mengunjungi saudara mara. Mungkin mereka sedikit ingin berbangga dengan kejayaan anak, bawalah bertandang, bershopping bagai. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengeratkan silaturrahim, menggembirakan ibu bapa.

Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibu bapa yang akan memahat dosa yang besar.

Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai atau kerana mahu menjaga aurat. Mohon izin dengan baik dari ibu bapa dan jelaskan agar mereka memahami. Mereka sudah tentu akan memahmi.

Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercium bau busuknya. Apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dengan rasional. Ibu bapa itu keutamaan. Ingat, suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi mereka.

Sumber: Abdul Ghani Haron via TheReporter



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rw259n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel “Hinanya kami ibu bapa dia, sampai dia sekeluarga sanggup tidur di hotel dari tidur di rumah kami”

Sekianlah artikel “Hinanya kami ibu bapa dia, sampai dia sekeluarga sanggup tidur di hotel dari tidur di rumah kami” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Hinanya kami ibu bapa dia, sampai dia sekeluarga sanggup tidur di hotel dari tidur di rumah kami” dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/hinanya-kami-ibu-bapa-dia-sampai-dia_61.html

Subscribe to receive free email updates: