Judul : Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM
link : Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM
Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM
KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar tidak terus hanyut dalam keghairahan menyambut Syawal hingga terlepas peluang beribadah di 10 malam terakhir Ramadan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengingatkan rakyat agar tidak terlalu alpa sehingga terlepas malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
“Saya berharap kita tidak alpa akan peluang yang diberikan oleh Allah SWT sekali lagi, untuk kita menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan ini.
“Janganlah kita tenggelam dalam keghairahan menyambut Syawal kerana kita mungkin akan terlepas malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul-Qadar,” katanya dalam posting terbaru di blog beliau najibrazak.com.
Dalam masa yang sama, beliau turut berkongsikan sabda Rasulullah SAW mengenai penghayatan 10 malam terakhir Ramadan untuk semua masyarakat beragama Islam;
“Ganjaran besar juga dijanjikan kepada umat Islam yang menghayati dan melipatgandakan amalan pada sepuluh malam terakhir sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang melakukan qiam (solat malam) pada malam al-Qadar kerana iman dan mengharapkan (pahala) nescaya dosanya yang lalu diampuni.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).”
Beliau turut berkongsikan satu doa sebagai usaha untuk bertemu dengan malam Lailatul-Qadar.
“Saya juga ingin kongsikan salah satu doa yang boleh dibaca sebagai satu usaha untuk menemui Lailatul-Qadar yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku.” (Riwayat Tirmidzi)
“Insya-Allah, marilah kita menyempurnakan ibadat kita di bulan Ramadan ini dengan mencuba mendapatkan keberkatan Lailatul-Qadar,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtcd6N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM
Anda sekarang membaca artikel Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/hidupkan-10-malam-terakhir-ramadan-pm.html