Judul : GST Ke Atas Barangan Baharu Perlu Kelulusan Kabinet - Johari
link : GST Ke Atas Barangan Baharu Perlu Kelulusan Kabinet - Johari
GST Ke Atas Barangan Baharu Perlu Kelulusan Kabinet - Johari
PUTRAJAYA: Sebarang pengenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap mana-mana barangan baharu perlu melalui kelulusan Kabinet berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, hari ini.
Beliau mengulas berhubung pengumuman pembatalan GST ke atas tambahan 60 lagi item makanan berkuat kuasa 1 Julai 2017 yang dibuat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini.
"Item itu memang tidak sepatutnya dikenakan GST buat masa ini. Saya sudah beritahu kepada pihak kastam setiap barang yang hendak dikenakan GST perlu dibawa ke peringkat Kementerian Kewangan dan kita akan bawa ke Kabinet.
"Ia tidak boleh dikenakan (GST) tanpa kelulusan Kabinet," katanya kepada pemberita pada majlis Iftar Perdana Kementerian Kewangan di sini, malam ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Johari berkata, cadangan pengenaan GST terhadap 60 item makanan itu dibuat di peringkat JKDM tanpa sebarang rujukan dengan kementerian untuk dimuktamadkan.
Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa pembatalan GST ke atas barangan makanan itu adalah bersifat politik, memandangkan langkah itu diambil selepas mengambil kira kos hidup rakyat.
"Jangan buat spekulasi," katanya.
Media tempatan melaporkan lebih 60 makanan tertentu yang berkadar sifar akan dikenakan GST enam peratus bermula 1 Julai tahun ini selepas merujuk kepada Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun 2017 melalui P.U. (A) 162, dan akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.
Implikasi kepada pewartaan Perintah itu akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku, buah-buahan import (avocado, apricot, anggur, ceri, peach, plum) figs, marjerin dan lain-lain akan tertakluk kepada GST enam peratus. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJtWX6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel GST Ke Atas Barangan Baharu Perlu Kelulusan Kabinet - Johari
Sekianlah artikel GST Ke Atas Barangan Baharu Perlu Kelulusan Kabinet - Johari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel GST Ke Atas Barangan Baharu Perlu Kelulusan Kabinet - Johari dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/gst-ke-atas-barangan-baharu-perlu.html