Judul : Gelagat Comel Minah Korea Sangka Sampin Itu Skirt
link : Gelagat Comel Minah Korea Sangka Sampin Itu Skirt
Gelagat Comel Minah Korea Sangka Sampin Itu Skirt
TULAR di laman sosial gambar seorang pelancong warga Korea mencuba mengenakan sampin sebagai skirt ketika mengunjugi Bazar Ramadan Mega 2017 di Hang Tuah Mall, Melaka, baru-baru ini.
Gambar yang dimuat naik oleh Mohamed Asiff Mohamed Amiz, 29, di laman Facebook itu lantas mencuit hati netizen akan aksi wanita itu yang cuba memadankan baju kemeja putih dengan sampin berwarna hitam silver.
Menurut Mohamed Asiff, wanita Korea tersebut sebelum ini pernah datang ke bazar tersebut bersama keluarganya namun hanya melihat koleksi samping yang dijual di sebuah gerai di bazar berkenaan.
Namun, keesokan harinya iaitu pada Rabu lalu, Mohamed Asiff sekali lagi berjumpa dengan wanita Korea tersebut namun kali ini pelancong tersebut terus mengambil sampin dan mencubanya sebagai skirt.
Melihat aksi wanita itu, Mohamed Asidd akui awalnya berasa pelik kerana wanita itu mahu membeli samping untuk dipakai sebagai skirt.
“Namun apabila dilihat padanan dengan bajunya, nampak sesuai pula. Mungkin itu juga tujuan dia membeli samping terbabit.
“Kami cuba juga bertanya, namun wanita terbabit tidak fasih berbahasa Inggeris. Malah suaminya yang juga warga korea hanya menyebut perkataan ‘good’ sepanjang kami di sana.
“Garu kepala juga melihat gelagat wanita Korea itu. Namun apabila melihat samping yang disarung ala skirt itu nampak sesuai, kami rasa kagum pula,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Tambah Mohamed Asiff, aksi wanita mengenakan sampin itu turut membuatkan hampir 20 pengunjung mengerumuni gerai terbabit dan suasana bertukar meriah. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tcyYta
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Gelagat Comel Minah Korea Sangka Sampin Itu Skirt
Anda sekarang membaca artikel Gelagat Comel Minah Korea Sangka Sampin Itu Skirt dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/gelagat-comel-minah-korea-sangka-sampin.html