Gajet menjarakkan hubungan?7 tips untuk mendekatkan kembali hubungan di dunia digital.

Gajet menjarakkan hubungan?7 tips untuk mendekatkan kembali hubungan di dunia digital. - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gajet menjarakkan hubungan?7 tips untuk mendekatkan kembali hubungan di dunia digital., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gajet menjarakkan hubungan?7 tips untuk mendekatkan kembali hubungan di dunia digital.
link : Gajet menjarakkan hubungan?7 tips untuk mendekatkan kembali hubungan di dunia digital.

Baca juga


Gajet menjarakkan hubungan?7 tips untuk mendekatkan kembali hubungan di dunia digital.


Perhubungan menjadi agak berbeza akhir-akhir ini. Di zaman teknologi dan sosial media, masa yang diluangkan untuk online sudah memakan masa yang sepatutnya diluangkan untuk pasangan. Ini menjadikan perhubungan itu tidak bersambung-- maksudnya perhubungan dari segi emosi, bukannya perhubungan yang memerlukan tekan-LIKE-untuk post saya.

Tanya diri sendiri, adakah anda rasa bersalah apabila:
-sedang menengok FB di telefon bersebelahan dengan pasangan sebelum tidur di bilik.
-sedang menyemak media sosial semasa sedang keluar makan malam
-bermain telefon semasa sedang keluar berjalan-jalan bersama pasangan.

Jika perkara di atas anda lakukan, ketahuilah dua perkara ini: anda tidak bersendirian dan ada cara untuk mengatasi perkara ini.

1. Setkan jadual waktu "screen-free" atau bebas-gajet bersama.
Tidak ada tv, laptop, tablet atau telefon. Jadikan ia peraturan khas, cipta ruang bersaman-sama.
Mungkin ia bermaksud tiada tontonan wayang melalui telefon di tengah malam dan letakkan telefon di bilik lain atau matikan telefon semasa anda berdua keluar makan malam.

Daripada makan malam di depan wayang di telefon, anda switch off telefon, nyalakan lilin ala-ala candle light dinner, dan berboraklah antara satu sama lain!
Dengan bersetuju untuk Waktu Wajib Bebas-Gajet bersama, anda berdua pasti dapat dihubungkan kembali.


2. Bekerja untuk projek digital bersama-sama
Memandangkan teknologi sudah menjadi sebahagian dari hidup kebanyakan dari kita sekarang ini, ia memang akan menyentuh perhubungan kita dengan pasangan- tapi tidak sepatutnya ia menjadi perkara yang buruk. Cuba cari sebaran projek digital atau projek teknologi untuk bekerja bersama pasangan anda, jadikan teknologi sebagai alat untuk perkukuhkan hubungan anda berdua.
Contohnya menyiapkan gambar kolej online yang mengandungi masa-masa berharga bersama pasangan, mengedit video untuk dihantar kepada keluar yang jauh dimata, atau mencipta blog atau website yang mencerita pengalaman memasak anda.

3. Jadilah kreatif apabila menghantar mesej sewaktu berjauhan.
Cuba semak mesej whatsapp anda kepada pasangan, mungkin yang ada hanya  mesej-mesej seperti "ondeway", "nak balik dah", "okay" , "jalan jem lah", "mintak tolong angkat kain jemuran".
Mungkin sudah masanya untuk menjadi lebih kreatif.
Semasa anda pergi kerja, atau ada urusan luar, cuba sampaikan mesej hanya dengan menghantar mesej gambar sahaja.
Ini akan membuka ruang kreativiti anda dalam berkomunikasi, yang mungkin akan buat anda tertawa dan sebutlah pasal gambar itu  kepada pasangan apabila pulang ke rumah.

4. Jangan sesekali  kurangkan komunikasi verbal atau tulisann tangan.
Jika anda merasakan komunikasi anda denhgan pasangan kebanyakkannya berasaskann mesej seperti whatsapp, usahakanlah untuk mngubahnya.


Seperti mana anda menjadualkan waktu untuk gajet, jadikan rutin untuk duduk dan berbincang bersama tanpa ganguan, dan ia adalah aktiviti yang sihat. Selain itu. mungkin boleh berkomunikasi dengan cara lain seperti meninggalkan tulisan nota kecil, lukisan atau hadiah.
Jangan lupa juga kepentingan berkomunikasi secara sentuhan fizikal!!

5. Keluar bersama dan lihat dunia luar bersama-sama.
Terlalu banyak dunia luar yang dimasukkan ke dalam internet setiap hari- ada yang baik, buruk mahupun hodoh.
Jika kita terlalu disuap dan tepu dengan berita dunia yang dahsyat, boleh menyebabkan kita hilang harapan dan kegembiraan - ia juga boleh mempengaruhi perhubungan kita dengan pasangan. Pastikan ada masa yang diluangkan bersama pasangan tersayang, jauh dari cerita dan berita semasa, alamilah pengalaman dunia luar yang sebenar!
Pergi mendaki, meneroka tempat baru di bandar, atau naik kereta bersama dan melawat datuk nenek anda - lakukan perkara yang dirasakan akan menghubungkan dunia luar dengan anda dan pasangan.

Hmmm itu kalau anda dan pasangan, macamana pula hubungan dengan saudara mara dan sahabat handai di musim perayaan nanti?
Tentu anda ingat, beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan mereka yang mengunjungi rumah saudara di hari raya tidak banyak berbual dengan tuan rumah kan?
Banyak masa dihabiskan dengan menghadap telefon atau gajet.

Jadi, ini tips tambahan untuk kita meriahkan suasana di hari raya tanpa gangguan gajet;

6. Sediakan bakul atau bekas simpanan gajet
Semua tetamu yang datang ke rumah mestilah meletakkan gajet mereka didalam satu bekas khas untuk mengumpul gajet. Maka mereka tidak ada peluang untuk menghadap telefon semasa sedang berhari raya di rumah anda :D



7. Tampal poster "no gajet allowed" , "telefon tidak dibenarkan di sini", "sila off telefon anda" "sila makan dan berbual"
Seperti di pejabat atau hospital kan? Bukan apa, ia sekadar mengingatkan tetamu bahawa di hari raya, kita sedang menziarahi saudara untuk merapatkan silaturrahim. Maka tanpa gajet di waktu yang khas ini, hubungan akan menjadi lebih rapat dengan wujudnya perbualan verbal yang lebih mesra.
Selamat mencuba!


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDqxtP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Gajet menjarakkan hubungan?7 tips untuk mendekatkan kembali hubungan di dunia digital.

Sekianlah artikel Gajet menjarakkan hubungan?7 tips untuk mendekatkan kembali hubungan di dunia digital. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gajet menjarakkan hubungan?7 tips untuk mendekatkan kembali hubungan di dunia digital. dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/gajet-menjarakkan-hubungan7-tips-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: