Judul : Gadis dulu diejek raksasa Chipsmore, kini semakin popular
link : Gadis dulu diejek raksasa Chipsmore, kini semakin popular
Gadis dulu diejek raksasa Chipsmore, kini semakin popular
Seorang gadis berasal dari Kota Kinabalu yang memiliki tahi lalat di seluruh badannya mendapat perhatian ramai apabila kisahnya tular di media sosial.
Gadis dulu diejek raksasa Chipsmore, kini semakin popular
Evita Patcey Edgar Delmundo, 20, memiliki keistimewaan itu sejak lahir dan sering dipersendakan oleh rakan-rakannya.
Evita yang berdarah campuran Filipina pernah digelar sebagai raksasa ‘Chipsmore’ tetap tidak berputus asa dan menganggap ejekan itu sebagai pembakar semangat untuk dia mengejar cita-cita sebagai model.
“Saya pernah menangis dan menyalahkan takdir kerana dilahirkan sebegini.
“Namun setelah masuk ke sekolah menengah, saya ada sahabat yang baik dan dari situlah saya mula yakin untuk berkawan dengan orang lain.
“Selain mendapat perhatian kerana memiliki wajah yang istimewa, saya juga turut dijadikan inspirasi kepada remaja lain yang memiliki kekurangan agar yakin dengan diri sendiri.
“Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi jangan tunjukkan kekurangan, sebaliknya tonjolkan kelebihan yang kita ada,” katanya kepada Harian Metro.
Selain mendapat perhatian netizen yang kagum dengan semangatnya, Evita juga telah dipilih sebagai sumber inspirasi kepada wanita oleh Malaysia Beauty Pagent Fan Club (MBPFC).
Menurut MBPFC, Evita akan menyeratai uji bakat pertandingan ratu cantik di Kota Kinabalu dan mereka akan memberi sokongan penuh kepadanya.
Evita yang kini memiliki 20 ribu pengikut di Instagram sering mendapat kata-kata semangat daripada pengikut dan rakan-rakannya selain mereka turut mengagumi keyakinan dan semangat Evita berdepan dengan masyarakat.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : Harian Metro
Via: Astro Gempak
Sumber Gadis dulu diejek raksasa Chipsmore, kini semakin popular
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxRDlh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Gadis dulu diejek raksasa Chipsmore, kini semakin popular
Anda sekarang membaca artikel Gadis dulu diejek raksasa Chipsmore, kini semakin popular dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/gadis-dulu-diejek-raksasa-chipsmore_16.html