FAMA akan jumpa petani harumanis, baiki kelemahan

FAMA akan jumpa petani harumanis, baiki kelemahan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FAMA akan jumpa petani harumanis, baiki kelemahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAMA akan jumpa petani harumanis, baiki kelemahan
link : FAMA akan jumpa petani harumanis, baiki kelemahan

Baca juga


FAMA akan jumpa petani harumanis, baiki kelemahan

MALAYSIAKINI


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan pertemuan dengan petani mempelam harumanis di Perlis, selain jabatan dan agensi terlibat untuk membincangkan pelan pemasaran komprehensif tanaman itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Ishak berkata perjumpaan yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri itu juga bagi membincangkan usaha meningkatkan kualiti dan standard buah tersebut.

"Kita akan membetulkan kelemahan yang ada dalam industri harumanis seperti isu menuai sebelum buah matang, aspek penggredan buah dan penentuan harga supaya kita dapat letakkan buah harumanis ini di tahap atau standard tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Jualan Khas Pasar Tani Pra-Syawal di Pasar Tani Bukit Angkasa, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan petani mempelam harumanis di Perlis yang mahukan FAMA membantu memasarkan hasil tanaman mereka.

Katanya, FAMA selaku agensi yang menyediakan pemasaran pertanian bersedia membantu petani mempelam harumanis.

Malah, jelasnya FAMA telah mengadakan pelbagai program termasuk menyediakan tempat khusus di Lembah Klang untuk pengusaha harumanis menjual terus buah itu kepada pengguna selain mempromosi makanan berasaskan isi buah berkenaan.

Ahmad berkata pihaknya turut memberi pilihan kepada petani harumanis untuk menjual hasil mereka kepada pusat operasi FAMA mengikut harga dan gred tertentu seperti A, B serta C selain menggalakkan rakyat Malaysia membeli buah-buahan tempatan.-Bernama




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel FAMA akan jumpa petani harumanis, baiki kelemahan

Sekianlah artikel FAMA akan jumpa petani harumanis, baiki kelemahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FAMA akan jumpa petani harumanis, baiki kelemahan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/fama-akan-jumpa-petani-harumanis-baiki.html

Subscribe to receive free email updates: