Judul : Enam beranak rentung Exora terperosok bawah treler: “Emak belum tahu mereka sudah meninggal dunia..”
link : Enam beranak rentung Exora terperosok bawah treler: “Emak belum tahu mereka sudah meninggal dunia..”
Enam beranak rentung Exora terperosok bawah treler: “Emak belum tahu mereka sudah meninggal dunia..”
Mangsa yang meninggal dunia dan rentung dalam kemalangan melibatkan enam beranak, Masnoraida Mohd Yusoff, 45, sempat pulang ke kampung halaman selama lima hari di Kampung Pak Badol, di sini, pada 4 Jun lalu bagi menjaga ibunya yang sakit tua.
Enam beranak rentung Exora terperosok bawah treler: “Emak belum tahu mereka sudah meninggal dunia..”
Kakak iparnya, Palaguna Mohamad, 54, berkata, Allahyarham begitu teruja dan ceria semasa berada di kampung.
“Arwah balik dengan tiga anak, iaitu Wan Muhamad Amar Haziq, Wan Nor Atirah dan bongsu, Wan Nor Alisha.
“Ketika duduk di kampung dia jaga emak betul-betul sebab dia dah beritahu untuk bergilir-gilir dengan adik-beradik yang lain, malah semasa nak balik ke sana arwah kata ‘kita jumpa raya ni deh’,” katanya yang ditemani suami, Mohd Izani Mohd Yusoff, 55, di Kampung Pak Badol, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki enam beranak bertembung dengan sebuah treler yang memasuki laluannya sebelum kenderaan mereka dihempap treler berkenaan di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang Risda Palong.
Jenazah dapat dicam anak kedua yang tidak mengikuti kenderaan terbabit, Wan Muhammad Hazim dengan membuat pengecaman enam yang maut iaitu bapanya, Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; ibu, Masnoraida Mohd Yusoff, 45; Wan Muhammad Muhaimin, 22; Wan Nor Athirah, 18; Wan Mohd Amar Haziq, 13; dan Wan Nor Alisya, 7.
Ibu Masnoraida, Esah Kundor, 80, mengalami sakit tua sejak kebelakangan ini, manakala bapanya, Mohd Yusoff Abdullah sudah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu.
Sehingga kini ibunya belum dimaklumkan mengenai kematian enam beranak tersebut bagi mengelak ibunya terkejut dengan berita sedih berkenaan.
Palaguna (duduk, kiri) bersama Mohd Izani (dua, kiri) membaca laporan mengenai kemalangan keluarga mereka yang disiarkan Sinar Harian, hari ini.
“Mungkin petang atau malam ini kami akan maklumlah, biarlah adik-beradik yang beritahu kat mak, ini pun kami hantar emak rumah sebelah takut dia dengar dan terkejut,” katanya hiba.
Lagi menyedihkan, Allahyarham Masnoraida juga semasa balik kampung sudah membeli dua pasang baju merah.
“Saya tengok dia gembira dan tegur dia beli baju merah, katanya tahun ini sedondon merah.
“Baju dia saja saya nampak rasanya dia dah sediakan baju raya mereka sekeluarga,” kata Palaguna.
Semasa berada di kampung juga, Palaguna berkata, Allahyarham anak-anaknya turut bermain bunga api bersama sepupu yang lain.
“Awal mereka bermain bunga api yang dibeli di Kuala Lumpur dan dibawa untuk bermain dengan sepupu-sepupu yang ada di kampung.
“Saya nampak mereka sangat seronok bermain bunga api di halaaman rumah, malah kakak sulung kami pun gembira kerana dapat tidur bersama-sama keluarga arwah,” katanya.
Katanya, pasangan suami isteri itu juga sangat disegani kerana mereka pasangan serta keluarga bahagia.
“Selama saya kenal kedua-dua pasangan arwah suami isteri itu, mereka sangat rapat antara satu sama lain, malah emak pun pernah kata keluarga Masnoraida adalah baik-baik belaka.
“Arwah Wan Mohd Fauzi suka menjaga hal di dapur, baik dari mencari mencari barang hinggalah suka membantu arwah isteri memasak,” katanya.
Pasangan suami isteri itu adalah Ketua Pembantu Tadbir, yang mana Masnoraida berkerja di Jabatan Harta Benda, Putrajaya, manakala Wan Mohd Fauzi di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya.
Allahyarham Masnoraida dikhabarkan ada memohon untuk berkhidmat di kampung halaman di negeri ini, bagaimanapun usaha itu tidak kesampaian.
“Pernah juga arwah kata nak balik bekerja di kampung memandangkan emak sakit, tetapi hal terperinci mengenainya saya tak tahu sangat,” katanya.
Jenazah enam beranak berkenaan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jelawat memandangkan keluarga berkenaan sudah ada rumah di sana berhampiran rumah keluarga Wan Mohd Fauzi.
Sumber: Sinar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRX3GP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Enam beranak rentung Exora terperosok bawah treler: “Emak belum tahu mereka sudah meninggal dunia..”
Anda sekarang membaca artikel Enam beranak rentung Exora terperosok bawah treler: “Emak belum tahu mereka sudah meninggal dunia..” dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/enam-beranak-rentung-exora-terperosok_12.html