Dulu Jurubahasa, Kini Mereka Berbangga Dikenali Dai Pekak

Dulu Jurubahasa, Kini Mereka Berbangga Dikenali Dai Pekak - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dulu Jurubahasa, Kini Mereka Berbangga Dikenali Dai Pekak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dulu Jurubahasa, Kini Mereka Berbangga Dikenali Dai Pekak
link : Dulu Jurubahasa, Kini Mereka Berbangga Dikenali Dai Pekak

Baca juga


Dulu Jurubahasa, Kini Mereka Berbangga Dikenali Dai Pekak

Dulu Jurubahasa, Kini Mereka Berbangga Dikenali Dai Pekak

Jurubahasa pertama yang dtugaskan untuk terjemahan khutbah Jumaat di Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia, Muhammad Zaid Abdul Samat,23, mengakui perasaan teruja dan gementar ketika melaksanakan tanggungjawab tersebut. (Gambar: USIM)

Pelbagai kemudahan dan keistimewaan disediakan kerajaan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam aspek bantuan kewangan, kemudahan pendaftaran, pemulihan, institusi penjagaan, pusat latihan, kaunseling, pelepasan cukai, pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, perlindungan insurans dan sebagainya. 

Begitu juga, banyak fasiliti awam mesra OKU turut diwujudkan seperti di tandas awam, lif, tempat meletak kenderaan, laluan kerusi roda dan banyak lagi. Malah, ada saluran berita di televisyen juga disediakan bahasa isyarat khusus untuk OKU yang mengalami masalah pendengaran.

Statistik OKU pada tahun 2015:

  • jumlah keseluruhan melebihi 4 juta OKU di Malaysia
  • hanya 354,874 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU)
  • OKU berdepan masalah pembelajaran seramai 126,511 orang
  • masalah fizikal (121,175)
  • masalah penglihatan (31,756)
  • masalah pendengaran (29,061)
  • masalah mental (28,282)
  • masalah pertuturan (1,736)
  • masalah pelbagai (16,353)

PERNAH DENGAR OKU KHUTBAH JUMAAT?

Ia mungkin kedengaran janggal apabila mengetahui OKU juga terbabit ketika khutbah Jumaat. Bagaimanapun, sehingga hari ini tidak banyak masjid di seluruh negara menyediakan jurubahasa isyarat khutbah Jumaat dalam memastikan golongan OKU tidak terpinggir daripada mengetahui khutbah yang disampaikan khatib.

Sebagai contoh, Masjid Tepian Putra di Kuantan, Pahang pernah mengambil inisiatif menyediakan khidmat jurubahasa isyarat bagi membolehkan golongan cacat pendengaran memahami teks khutbah yang disampaikan ketika solat Jumaat.

Inisiatif yang dilaporkan media beberapa tahun lalu itu difahamkan mendapat kerjasama daripada Persatuan Orang Pekak Pahang (PADA). Namun, masjid itu hanya sebilangan kecil daripada sebanyak 6,426 masjid yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Malaysia yang menyediakan jurubahasa isyarat.

Kekurangan itu selaras dengan desakan Pertubuhan Orang Cacat Malaysia sebelum ini supaya kemudahan akses yang disediakan kepada golongan OKU terus diperbaiki kerana ada sebahagian daripadanya perlu ditambah baik.

Kompleks Islam USIM membuka ruang pada golongan OKU untuk terbabit sama dalam aktviti khutbah Jumaat.

KEISTIMEWAAN KOMPLEKS ISLAM USIM

Menyedari dilema yang dihadapi golongan OKU ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menyediakan jurubahasa isyarat untuk khutbah Jumaat di Kompleks Islam dalam kampus itu yang baru beroperasi sejak 2 Jun lalu.

Pusat Islam USIM dengan kerjasama Yayasan Faqeh menyediakan seorang penterjemah bahasa isyarat dalam setiap khutbah Jumaat yang disampaikan pada setiap minggu. Sukarelawan Sahabat Faqeh di bawah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FOQS) USIM yang dianggotai pelajar USIM akan bergilir-gilir menjadi jurubahasa isyarat di situ. 

Unit Multimedia dan Info Digital Pusat Komunikasi Strategik USIM membantu dalam aspek teknikal dan visual untuk ditayangkan secara langsung pada layar utama di dalam dewan solat untuk bahasa isyarat yang disampaikan.

Menurut USIM dalam satu kenyataan media baru-baru ini, tujuan utama khutbah Jumaat dalam bahasa isyarat itu adalah bagi meraikan OKU pendengaran agar intipati khutbah yang disampaikan khatib dapat difahami.

Terjemahan khutbah Jumaat bukan saja dalam bahasa Malaysia tetapi Arab dan Inggeris.

BANGGA SEBAGAI DAI PEKAK

Dipilih menjadi jurubahasa isyarat pertama yang bertugas dalam solat Jumaat, Muhammad Zaid Abdul Samat,23, menzahirkan rasa teruja bercampur rasa gementar menunaikan tanggungjawab itu.

"Alhamdulillah, saya dapat sampaikan terjemahan khutbah Jumaat tadi dengan sebaiknya hasil rujukan dan latihan awal untuk teks khutbah yang akan dibacakan. Saya dan rakan-rakan yang mengambil kursus Dakwah Tanpa Suara di FPQS merasakan peluang yang diberikan USIM dan Pusat Islam untuk kami tonjolkan kemahiran yang kami pelajari amat baik sekali.

"Terjemahan bahasa isyarat untuk khutbah Jumaat yang disampaikan bukan sahaja untuk teks dalam bahasa Melayu, malahan juga disampaikan dalam bahasa Arab dan Inggeris serta ayat-ayat al-Quran dan hadis," katanya. 

Menurut USIM, pelajar yang mengambil kursus Dakwah Tanpa Suara yang ditawarkan di FPQS USIM gembira menggelarkan diri mereka sebagai Dai Pekak berbanding dikenali sebagai jurubahasa isyarat seperti kebiasaan.

Pensyarah kursus braile di FPQS USIM, Norakyairee Mohd. Raus pula berkata, bilangan masjid yang menyediakan khidmat jurubahasa isyarat semasa khutbah Jumaat amat kecil. 

"Langkah yang dibuat oleh pengurusan Kompleks Islam USIM ini wajar dipuji kerana ini adalah satu bentuk dakwah kepada golongan minoriti ini dan meraikan mereka," ujarnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGwC3I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Dulu Jurubahasa, Kini Mereka Berbangga Dikenali Dai Pekak

Sekianlah artikel Dulu Jurubahasa, Kini Mereka Berbangga Dikenali Dai Pekak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dulu Jurubahasa, Kini Mereka Berbangga Dikenali Dai Pekak dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/dulu-jurubahasa-kini-mereka-berbangga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :