Judul : Dua maut, terperangkap dalam rumah terbakar
link : Dua maut, terperangkap dalam rumah terbakar
Dua maut, terperangkap dalam rumah terbakar
Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Ismail Che Isa berkata,wanita berusia sekitar 50-an dan anaknya berusia 12 tahun itu dipercayai lemas setelah terhidu asap ketika berada di bahagian bawah rumah itu yang sedang terbakar.
Katanya, kedua-dua mangsa yang masih belum diketahui identitinya dipercayai cuba keluar dari rumah tersebut namun gagal kerana pintu berkunci dalam insiden kira-kira jam 3.30 pagi itu.
Menurut Ismail, saksi kejadian memberitahu dia terdengar jeritan kedua-dua mangsa meminta tolong dan ternampak mereka cuba keluar dari rumah itu."Pada waktu itu, asap tebal sudah mula memenuhi kawasan rumah. Saksi kemudiannya tidak lagi nampak kelibat mangsa dan dipercayai mereka naik ke tingkat atas.
"Saksi kemudiannya cuba memecahkan tingkap rumah untuk menyelamatkan mangsa namun bahang api yang kuat membuatkan jiran lain tidak dapat memasuki rumah itu," katanya kepada pemberita.
Ujar Ismail, kedua-dua mangsa ditemui dalam sebuah bilik di tingkat atas dan fizikal mayat sempurna namun ada sedikit perubahan warna kulit.
"Seorang mangsa ditemui di hadapan pintu bilik manakala seorang lagi mangsa berada di tepi tingkap.
"Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan polis masih menunggu laporan penuh untuk mengetahui punca kebakaran dalam insiden ini," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2srgKWI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Dua maut, terperangkap dalam rumah terbakar
Anda sekarang membaca artikel Dua maut, terperangkap dalam rumah terbakar dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/dua-maut-terperangkap-dalam-rumah.html