Judul : DoJ: Malaysia tidak perlu campur tangan asing selesaikan 1MDB - Irmohizam
link : DoJ: Malaysia tidak perlu campur tangan asing selesaikan 1MDB - Irmohizam
DoJ: Malaysia tidak perlu campur tangan asing selesaikan 1MDB - Irmohizam
Beliau berkata tindakan itu sangat tidak rasional dan profesional, seolah-olah satu konspirasi sedang dirancang untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Terdahulu, siasatan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa penyelewengan dikaitkan dengan Perdana Menteri. Hasil siasatan ini turut ditegaskan oleh Peguam Negara bahawa tidak terdapat bukti-bukti berasas untuk dihadapkan ke mahkamah.
"Justeru, tindakan saman DoJ ini sangat meragukan lebih-lebih lagi ia langsung tidak merujuk mana-mana pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam satu kenyataan.Irmohizam merujuk kepada saman sivil terbaru DoJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata tindakan DoJ seolah-olah didorong motif politik pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam melakukan transformasi negara.
"Ini sudah menjadikan DoJ bukan sahaja bertindak melulu bahkan juga menuduh tanpa usul periksa. Tidak ada sebab untuk kita mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh DoJ," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMXd3D
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel DoJ: Malaysia tidak perlu campur tangan asing selesaikan 1MDB - Irmohizam
Anda sekarang membaca artikel DoJ: Malaysia tidak perlu campur tangan asing selesaikan 1MDB - Irmohizam dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/doj-malaysia-tidak-perlu-campur-tangan.html