Judul : Dituduh Ganggu Isteri Orang, Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis
link : Dituduh Ganggu Isteri Orang, Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis
Dituduh Ganggu Isteri Orang, Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis
Penyanyi Sufian Suhaimi membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya dia menggangu seorang wanita yang juga isteri orang di laman sembang dikenali Bego Live.
Sufian ketika dihubungi berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Sungai Abong, Muar pada malam Sabtu.
“Sejurus perkara itu tersebar luas di Twitter saya terus buat laporan polis sebagai salah satu langkah keselamatan diri saya.
“Laporan itu juga dibuat bagi memberitahu saya tidak bersalah dan telah difitnah selain berada di pihak benar,” katanya.
Sejak malam Sabtu, kecoh apabila seorang lelaki mendakwa Sufian menggangu isterinya menerusi beberapa entri di Twitter mendedahkan perbuatan penyanyi itu.
Individu itu memberitahu dia menyamar sebagai isterinya bagi memastikan sama ada akaun yang menggunakan nama penyanyi itu asli atau pun palsu di laman sembang tersebut.
Bagaimanapun dia terkejut apabila Sufian menghantar beberapa foto miliknya dan hasil semakan dia yakin keaslian gambar itu dan bukannya dicedok daripada internet atau pun laman sosial.
Lelaki itu turut bertindak memuat naik gambar itu selain paparan skrin daripada perbualan video mirip wajah Sufian.
“Saya bukan memfitnah. Saya saksi waktu kejadian. Saya sanggup jumpa Pian (Sufian),” tulisnya.
Dalam pada itu, Sufian, 25, berkata, dia langsung tidak menyangka menjadi mangsa fitnah di laman sosial tambahan pula sekarang semua umat Islam sedang berpuasa.
Kata Sufian, kejadian yang menimpa dirinya dan pelakon Shukri Yahaya seperti sengaja diada-adakan dengan menggunakan modus operandi sama.
“Apa yang saya lihat pendedahan itu seperti jadi trend pulak dengan modus operandi sama seperti mana berlaku kepada Shukri Yahaya.
“Ia membimbangkan kerana ia boleh berlaku kepada siapa sahaja demi kepentingan peribadi.
“Apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar dan saya sendiri sebenarnya terkejut apabila membacanya dan terus membuat laporan polis,” katanya.
The post Dituduh Ganggu Isteri Orang, Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgfeHB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Dituduh Ganggu Isteri Orang, Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis
Anda sekarang membaca artikel Dituduh Ganggu Isteri Orang, Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/dituduh-ganggu-isteri-orang-sufian.html